Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 13 January 2012

BR1M:PEMBAYARAN DI BUAT MULAI 15JAN...

KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini di dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Dalam satu kenyataan hari ini,

Ahmad Husni berkata majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara."Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya.Ahmad Husni berkata semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.

"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," katanya.Pemohon juga, katanya boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari, 2012.

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB,dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan itu, katanya, sambil menyatakan baucar juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut diseluruh negara.Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April, 2012.(SH)

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...