Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 10 January 2012

MANGSA LETUPAN PERHIMPUNAN 901 DIKENAL PASTI

SEBAHAGIAN MOTOSIKAL YANG TERKENA LETUPAN(GAMABAR SUMBER DARI BLOG)
KUALA LUMPUR - Identiti lima mangsa yang cedera dalam letupan ketika penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun berhampiran Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini hari ini, telah dikenal pasti.
Empat daripada mereka merupakan peserta perhimpunan iaitu Ng Kien Seng, 36, yang cedera di tangan kanan, Juhari Mansur, 21, cedera di perut, Isaiah a/l Jacob, 46, mengalami kecederaan di leher, dan Tang Eng Ghee, 48, yang cedera di kaki kiri. Seorang lagi mangsa iaitu peguam Keith Christopher, 27, cedera di bibir dan kaki. 


Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mangsa masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.
"Doktor telah mengeluarkan bebola besi daripada anggota badan dua orang mangsa. Seorang mengalami kecederaan ringan (calar) di bahagian badan.


"Seorang lagi mangsa masih menunggu pembedahan ringan untuk mengeluarkan bebola besi. Mangsa kelima masih lagi menerima rawatan di wad HKL kerana mengadu sakit dada," katanya melalui laman facebook Polis KL. Katanya, polis masih menyiasat kes itu. Dalam pada itu, difahamkan keadaan seorang mangsa dikenali sebagai S. Bakthavachalam, 63, yang mengalami sakit jantung akibat terkejut selepas
mendengar letupan itu, dilaporkan stabil setelah dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronori HKL. 


Sementara itu, tiga daripada lima mangsa letupan berjaya menjalani pembedahan ringan di HKL untuk mengeluarkan bebola besi di badan mereka. Mohmad Salleh berkata ketiga-tiga mangsa sudah dibenarkan pulang petang ini. "Seorang lagi mangsa turut dibenarkan pulang setelah beliau dirawat akibat mengalami kecederaan ringan (calar) di bahagian badan," katanya. Pengarah HKL Dr Zaininah Mohd Zain dalam kenyataannya pula berkata, mangsa kelima yang dirawat di HKL setelah mengadu mengalami sakit dada, kini berpindah ke pusat rawatan swasta atas pilihannya. - Bernama

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...