Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 14 March 2013

PENDUDUK TERKEJUT,BERSELINDUNG DISEBALIK IMEJ WARAK RUPANYA PENGGANAS


Semporna: Pengganas yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.
Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.
Sepanjang wartawan Harian Metro berada di daerah ini, rata-rata penduduk yang mengaku mengenalinya terkejut apabila mendapat tahu lelaki itu adalah pengganas yang terbabit dalam kejadian 2 Mac itu.

Dalam kalangan masyarakat Suluk di kampung itu, Rashid dianggap orang penting dalam pelbagai urusan berkaitan keagamaan, tetapi hanya dalam kalangan masyarakat itu.
Foto
ASRAMA pekerja Felda Sahabat 17 yang terletak berhampiran jalan ke Kampung Tanduo.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Utoh, 35, berkata, Rashid sering menjadi imam kenduri dan menguruskan jenazah orang Suluk.(HM)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...