Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 18 March 2013

KELUARGA KIRAM DI TAHAN

Foto

Lahad Datu: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut SOSMA,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.
Hamza berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti dan latar belakang individu terbabit kerana percaya ada di antara mereka ahli keluarga Jamalul Kiram III yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan ke atas kedaulatan Malaysia. 

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain.
“Ini kita sedang siasat,” katanya sambil menjelaskan bahawa operasi membanteras pengganas yang menceroboh pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu, bukan hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram.(HM)
Aquino mahu isu Sabah diselesai melalui perbincangan
MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino menegaskan isu tuntutan ke atas Sabah hanya boleh diselesaikan melalui rundingan damai.

Media tempatan melaporkan, beliau juga membidas tuduhan mengaitkan dirinya dalam konflik tersebut apabila didakwa membenarkan 800,000 warga Filipina untuk tinggal dan bekerja di wilayah itu.

“Masalah tidak dapat diselesaikan degan tergesa-gesa atau menggunakan ancaman kuasa. Kita perlu mengadakan perbincangan mendalam bagi menyelesaikan masalah ini.

“Isu ini sangat rumit. Perdana Menteri Malaysia tidak mudah untuk bersetuju melepaskan tanah yang tertakluk di bawah undang-undang negaranya untuk diserahkan kepada mana-mana individu,” katanya dipetik Globalnation.inquirer.

Aquino juga berpendapat, Jamalul mempunyai pengikut sulit yang membantu kumpulan itu dalam membiayai kos serangan tersebut.

Sementara itu, jurucakap keluarga Jamalul, Abraham Idjirani berkata, serangan ini terpaksa dilakukan selepas kerajaan Filipina enggan melayan tuntutan mereka.

Beliau juga mengesahkan, segala kos ‘peperangan’ itu dibiayai sendiri oleh pengikut Jamalul tanpa campur tangan daripada pihak luar.

Idjirani mendakwa, beliau telah bercakap dengan Agbimuddin melalui telefon kelmarin dan mengesahkan dia masih berada di Sabah dan tidak mengalami sebarang kecederaan.(SH)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...