Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 9 March 2013

CEROBOH SABAH-FILIPINA MULA SIASAT MUNGKIN WUJUD ELEMEN KONSPIRASI

Sabah diceroboh
SHAH ALAM - Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina sudah memulakan siasatan kemungkinan wujud elemen 'konspirasi' di sebalik tindakan menceroboh Lahad Datu,
Sabah  melibatkan pengikut Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.NBI memanggil pakar strategi politik dan Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina (COPA), Pastor "Boy" Saycon agar menghadap biro itu Selasa ini.

Beliau difahamkan perintah itu telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perisikan Perkhidmatan, Reynaldo Esmeralda dan dihantar oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani berkata, ia merupakan permulaan tindakan keras oleh kerajaan ke atas Jamalul.

 “Saya bagaimanapun tidak mengetahui isi kandungan itu tetapi ia mungkin siasatan berkaitan dengan sokongan saya terhadap Sultan Jamalul Kiram III,” kata Saycon.

“Saya berfikir yang kerajaan hanya mahu meletakkan konspirasi tanpa sebarang asas dan menyalahkan orang lain, bukannya mahu menyelesaikan krisis yang semakin meruncing di Sabah,” katanya dipetik lama web www.philstar.com.

Saycon  turut mengakui menjadi penasihat kepada Jamalul dalam membawa tuntutan mereka ke atas Sabah dan juga rayuan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau juga menggambarkan dirinya sebagai penasihat mengenai hubungan luar, ekonomi dan kebudayaan Jamalul sejak 12 tahun lalu.

Beliau sebelum ini pernah membuat penafian terlibat dalam tindakan pencerobohan pengikut Jamalul di Lahad Datu bulan lalu.
DIPETIK DARI SINAR HARIAN 09 MAC 2013

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...