Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 24 March 2013

MUNAFIK ITU LEBIH BAHAYA DARI BUKAN ISLAM

Kekalutan mempersoalkan tentang suasana politik dinegara kita dan sama kalutnya dengan keadaan di lahad Datu.Ramai yang memperkatakan tentang bahaya orang kafir(non muslim) dan tak kurang juga yang berceramah bahaya bersekokongkol dengan bukan islam(bimbang di peralatkan).
Berdentam-dentum riuh bunyinya,tapi yang paling bahaya ada di kalangan ulama(layak ke di gelar ulama)yang berfatwa undi parti yang bergabung dengan bukan islam itu haram,timbul pula persoalan yang selama ini ada parti yang bergabung dengan bukan islam,malah boleh membentuk kerajaan dan turut sama mengodam syariat islam(hudud),tapi tak keluar pun satu fatwa mengharamkan undi parti ini,aku bukan apa,tapi pening bila ada ulama macamni.Persoalan kedua ialah tak ada pun orang bising suruh ulama tu bertaubat,heran...

Dalam memperkatakan tentang orang islam(umum),ada fasiq dan ada munafik(kesemuanya masih lagi orang islam selagi tidak tergelincir syahadah-ada penyebabnya).Mari kita cari apa makna fasiq  dan munafik.

FASIQ dan pengertiannya: 

Kata fasiq berasal dari bahasa Arab ‘Al-Fisq’ atau ‘Al-Fusuq’ yang bermakna keluarnya sesuatu dari sesuatu yang lain dalam keadaan rusak. Adapun dalam pengertian syariat maka artinya adalah keluar dari ketaatan.
Ketaatan yang dimaksud mencakup segala perbuatan, baik yang bila ditinggalkan menyebabkan kufur atau jika ditinggalkan tidak menyebabkan kufur.
Dari sini kefasiqan dibagi menjadi dua:
1. Kefasiqan akbar (besar) yang bersifat kulli (menyeluruh). Artinya keluar dari Islam secara keseluruhan dan ini sama dengan kufur. Sehingga orang kafir bisa disebut fasiq dalam pengertian ini. Sebagai contoh firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan sungguh Kami telah turunkan kepadamu ayat-ayat yang nyata dan tidaklah mengkafirinya kecuali orang-orang yang fasiq.” (Al-Baqarah: 99)..baca seterusnya disini 
MUNAFIK dan pengertiannya:
Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arabمنافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.(kupasan secara ringkas)
Bila sudah mengetahui apa definasidan kronologi fasiq dan munafik barulah kita memperkatakan,bahayakah orang munafik berbanding orang kafir(secara terang di ketahui umum).
Abdullah Bin Ubai(bapak munafik)
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad.
Munafik berasal dari perkataan “nafaqa” yang bermaksud “terbelah dua” iaitu tidak solid dan tidak jujur dengan Islam.

Abdullah Bin Ubai adalah pemimpin orang Munafiq di Madinah.Anak kepada 2 bapa Munafiq adalah sahabat Nabi S.A.W.Abdullah B. Abdullah B. Ubai B. Salul (anak kepada Abdullah B Ubai, syahid di dalam peperangan Yamamah).

Secara ringkas  setelah kita membaca beberapa petikan diatas tahulah kita tentang mengenal orang munafik(munafiq).Pada hari  ini kita boleh lihat ramai orang munafik,yakni orang bermuka-muka atau talam 2 muka,bahayanya orang munafik kerana ia musang berbulu ayam,bila berada disebelah pihak ia mencerikan kebaikan,tatkala berada pula di sebelah lain ia mengeji,mengutuk dan tidak hairanlah pada hari ini berlaku banyak fitnah yang di lakukan oleh orang islam bukan orang kafir.

Sedikit tambahan....
Ada sesetengah meriwayatkan Nabi S.A.W. tidak solat & ada setengah riwayat yang lain mengatakan Nabi S.A.W. hanya berdoa.

Ketika Nabi S.A.W. hendak pergi menyembahyangkan/ berdoa kepada Abdullah B. Ubai, Umar Al-Khattab cuba menghalang Baginda untuk melakukan sedemikian. Beliau bertanya kepada Nabi S.A.W., mengapa hendak dibuat sedemikian sedangkan Abdullah B. Ubai dengan jelasnya telah menentang dan menkhianati Nabi S.A.W. ketika waktu hidupnya. Nabi S.A.W. menjawab: "Sama sahaja sama ada aku meminta ampun kepadanya ataupun tidak". Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Quran

(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada kaum yang fasik."
Selepas selesai solat jenazah/berdoa, tiba-tiba badan Nabi S.A.W. berpeluh kerana turunya wahyu, surah at-Taubah, ayat 84:
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)

Tidak timbul persoalan sekarang kalau ada orang islam yang tak mahu sembahyangkan jenazah orang islam yang munafik,ianya bukan rekaan mana-mana parti(khususnya PAS yang dianggap sesat),jangan mengingkari walau satu huruf AL-Qur'an,boleh gugur syahadah dan menyebabkan kafir..Wanauzubillah..

Berhentilah jadi manusia MUNAFIK.



No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...