Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 4 February 2013

RESPON HUSAM MUSA TERHADAP 7 JANJI PM

KELANTAN adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk  menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.
Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

Tujuh projek mega yang dijanjikan adalah pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12.

Jika royalti Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan. Sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion sebagaimana tuntutan Kelantan terhadap royalti Petroleum. Rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.

HAK PEMBERIAN ROYALTI PETROLEUM TIDAK DISEBUT
Yang hanya disebut adalah Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk lengahkan pemberian royalti Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan. Dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan. Terengganu mendapat hak royalti Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalti sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan.

JANJI PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI ADALAH MEMALUKAN KERANA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN TELAH DISEBUTKAN DAN KEMUDIANNYA DIBATALKAN
Janji-janji tersebut adalah saduran atau meniru Kelantan. Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium telah dijadikan projek Kerajaan Negeri.

Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan penduduk Kelantan adalah sebagaimana berikut:

i. BENTENG SUNGAI GOLOK untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok- Thailand telah menyiapkan benteng tersebut dan akibatnya limpahan berlaku dan mengakibatkan banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur.

ii. PEMBERIAN STATUS LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KEPADA KELANTAN misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan. Hak pemberian status ini sehingga ke hari ini tidak diberikan.

iii. KEMUDAHAN PELABUHAN yang sepatutnya dijadikan inisiatif untuk melihat perkembangan ekonomi rakyat Kelantan. Sehingga ke hari ini kemudahan ini tidak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

iv. PENDARATAN PETROLEUM DI KELANTAN adalah isu besar yang jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas, ia harus diadakan. Pendaratan Gas dan Petroleum ini adalah perkara besar yang akan mengubah landskap ekonomi rakyat Kelantan.


Dalam kapasiti Barisan Nasional yang telah lama memerintah Malaysia tidak wajar rakyat disuap dengan janji politik sahaja. Sepatutnya semua kemudahan ini dilaksanakan untuk rakyat. Janji yang dibuat pula berskala kecil dari hak yang sepatutnya. Dengan royalti Petroleum sepatutnya Kelantan dapat lebih dari apa yang dijanjikan.

PAKATAN RAKYAT MENAWARKAN 20 PERATUS ROYALTI
PETROLEUM dan Rakyat Kelantan pastinya faham dan sedar akan tawaran yang besar sebegini sekalipun Datuk Seri Najib tidak menyentuh dalam janjinya di Kelantan semalam. Dengan pemberian 20 peratus royalti Petroleum, kemiskinan rakyat negeri-negeri pengeluar minyak boleh dibantu, kebajikan ditingkatkan dan dapat memajukan negeri-negeri ini.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...