Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 21 February 2013

BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH



Kuala Terengganu: “Saya nampak besi kerangka jatuh, tetapi tidak sempat melarikan diri sebelum pengsan akibat dihempap besi berkenaan,” kata Ahmad Safuan Abdul Manaf, 21, yang patah dua bahagian kaki kanannya serta cedera di mulut akibat sebahagian kerangka struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, runtuh semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, dia bersama empat lagi rakan sekerja sedang memotong kerangka lama bumbung stadium itu untuk digantikan bumbung baru. Bagaimanapun, kerangka besi sepanjang 137 meter itu tiba-tiba runtuh menyebabkan lima pekerja cedera pada kaki, tangan dan badan.

Selain Ahmad Safuan, pekerja yang turut cedera ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31. Ketika ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Ahmad Safuan berkata ketika kejadian dia sedang memasang besi perancah di bawah kerangka besi bumbung.
“Saya terkejut apabila melihat kerangka berkenaan tiba-tiba runtuh dan menghempap perancah menyebabkan saya terjatuh dari ketinggian 15 meter ke atas tangga.

“Selepas terjatuh atas tangga, kaki kanan dihempap besi perancah dan kerangka besi bumbung berkenaan.“Akibat terlampau sakit saya pengsan di bawah timbunan kerangka itu dan apabila tersedar, mendapati berada atas meja yang diangkat beberapa pekerja untuk dimasukkan ke dalam ambulans Jabatan Pertahanan Awam,” katanya.
Menurutnya, semua empat rakannya hanya menerima rawatan pesakit luar di HSNZ dan dibenarkan pulang pada jam 4 petang semalam.

Saksi kejadian yang turut bekerja membaik pulih stadium berkenaan, Alfius Monjutong, 26, berkata dia terkejut apabila terdengar bunyi kuat dari arah bumbung stadium sebelum melihat kerangka runtuh.
“Ketika itu saya berada di bahagian bawah stadium dan segera memaklumkan kepada beberapa rakan lain untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Kira-kira 15 minit kemudian, anggota bomba datang dan mengeluarkan mangsa yang cedera,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil berkata runtuhan berlaku ketika pekerja terbabit menjalankan proses merobohkan kerangka lama di bahagian tengah bumbung berkenaan.


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...