Gambar(harian metro)
KOTA BAHARU - Mayat remaja yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melalui pelantar di tepi Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada 16 Februari lepas, ditemui berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar di sini, hari ini.
Pegawai Bomba Kanan I Kota Darul Naim, Zainal Fitri Husin berkata, mayat Muhamad Arief Muhamad Nurdin, 20, ditemui terapung di sungai itu, kira-kira 12 kilometer dari tempat kejadian oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
"Kita terima laporan daripada polis kira-kira jam 8.30 pagi menyatakan ada orang hanyut dan kami bergegas ke tempat kejadian.
"Anggota keluarga mangsa yang ditemui di tempat kejadian mengesahkan mayat tersebut adalah Muhamad Arief,” katanya kepada pemberita ketika di temui di jeti tersebut di sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment