Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 14 October 2011

NAK KAYA KE?

Kalau dah nak kaya dalam sekelip mata pun boleh jadi dan dalam sesaat pun boleh jadi papa.Ini kisah manusia yang jadi kaya dalam sekelip mata,kisah seorang pemuda yang dalam perjalanan menghantar isterinya ke Kuala Lumpur.Setiap hujung minggu isterinya akan balik bercuti  ke Kelantan untuk menghantar nafkah batin kepada suaminya dan pada hari sabtu maka suaminya akan ke Kuala Lumpur menghantar isterinya bertugas.Begitulah rutin mingguan suaminya.

Mereka merupakan pasangan yang baru bernikahkan,tapi kerana kerja terpaksalah mereka berpisah.Dalam perjalanan mereka mula bercerita tentang cerita bagaimana manusia boleh kaya dalam sekelip mata,alangkah bertuahnya kalau ini berlaku pada mereka.Cerita manusia peroleh kekayaan kerana menemui harta karun,itulah sering menjadi impian setiap orang.Kita juga sering mendengar bagaimana seseorang mendapat mimpi menemui sesuatu didalam mimpinya yang akhirnya menjadi kenyataan.Semua manusia impikan kekayaan cuma nasib tidak menyebelahi mereka.Tiba-tiba disuatu selekoh keretanya buat hal dan mati secara mengejut.Suaminya cuba menghidupkan kereta tersebut tapi tidak berjaya.Dalam keadaan yang kelam-kabut itu muncul seorang lelaki tua berjubah yang mengalas sebuah beg,memang sifat manusia mudah mengagak sesuatu yang aneh bakal berlaku,mungkin lelaki ini adalah orang bunian yang akan menolong mereka berdua,kalau takpun memberi sesuatu keajaiban buat mereka berdua.Pakcik tersebut mendekati mereka lalu bertanya "kenapa ni, nak?"..."ntah la pakcik secara tiba-tiba kereta ni mati..."

Ini kaya tapi bukan kekayaan...

Pakcik tu mendiamkan diri dan mulutnya terkumat-kumit seperti membaca sesuatu,perbuatan pakcik itu membuatkan mereka bertambah yakin yang pakcik itu mungkin orang bunian,"takpe la nak,anak cuba la hidupkan dan tumpangkan pakcik kat simpang depan tu".Memang suatu keajaiban,kereta tersebut berjaya dihidupkan dan mereka meneruskan perjalanan.Dalam perjalanan pakcik tersebut bertanya "anak berdua nak kaya ke?".Orang mengantuk disorongkan bantal,begitulah perumpaannya,mereka berdua saling berpandangan(suami-isteri) lantas mereka menjawab...."naaaak!!!!",tentulah nak pakcik,semua orang dalam dunia nak kekayaan....

Tambah pakcik tu lagi "nak kaya banyak ke kaya sikit?",suaminya menjawab "kaya sikit dah ler pakcik ".Pakcik tu tersenyum sinis,dalam hatinya ia berkata,boleh tahan juga mereka berdua ni.Tangannya menyeluk sesuatu dari dalam beg,"nah ambil ni sebotol kaya,kalau nak kaya lebih pakcik nak bagi yang dalam tin besar ni...." kah!kah!kah! padan muka, begitulah agaknya yang diperkatakan oleh pakcik tersebut sambil berlalu apabila sampai dekat simpang yang dimaksudkan.

Mesej:Jangan suka berangan-angan,kekayaan itu bukan datang bergolek tanpa usaha,orang yang sentiasa 
           berusaha pun belum tentu mendapatnya,semua itu urusan Allah yang penting berusaha dan selebihnya
           berserah padaNYA....


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...