Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 16 October 2011

DI TINDIH LAPAN LELAKI


KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja cedera dipukul dan ditindih lapan peragut, malah turut kerugian kira-kira RM1,500 dalam kejadian ragut di Taman Pertama Cheras, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian jam 6 petang itu, mangsa berjalan ke tempat letak kereta selepas membeli barangan di pasar malam berhampiran sebelum didatangi lapan lelaki menunggang empat motosikal. Semua mereka dianggarkan berusia 20-an.
GAMBAR SEKADAR HIASAN

Mangsa, Ng Lee Hong, 53, berkata dia dihampiri dua lelaki bermotosikal yang cuba meragut beg tangannya, namun tidak berjaya.


Katanya, pergelutan di antara mereka menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum didatangi enam lagi lelaki yang menaiki tiga motosikal dan dua daripada mereka cuba menarik beg tangannya.

“Saya melawan, tetapi ditumbuk dua lelaki itu hingga tidak berdaya. Mereka kemudian bertindak kejam apabila menindih badan saya bagi mengelak saya bangun.


“Selain itu, mereka memukul badan saya dan menarik beg tangan yang mengandungi wang tunai dan barangan berharga lain termasuk subang emas,” katanya di sini, semalam.Menurutnya, dia menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu.


Akibat kejadian itu, dia cedera di badan dan kedua-dua tangan.Katanya, selepas kejadian, dia mendapatkan kereta sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...