LAMA tidak bertemu pemilik wajah jelita ini, banyak pula topik yang dibincangkan. Mulanya bertanya khabar dan mengorek pengalamannya yang baru saja melangkah ke alam rumah tangga, soal kerjaya nyanyian dan rangkaian perniagaan hinggalah berbicara mengenai perasaannya yang terusik sepanjang bergelar selebriti.
Hakikatnya, Shazrina Tan Sri Azman Hashim atau Mizz Nina, 31, masih sama tidak berubah. Tuturnya masih berbisik, kekal sifat rendah diri dan bijak mengatur kata, namun boraknya tidak henti-henti.
Mesra disapa Nina, pertemuan itu digunakannya untuk berkongsi perkembangan karier nyanyiannya dan bercerita panjang mengenai perjua�ngannya dalam gelanggang seni yang sesekali tidak lekang mengundang rasa kecewa padanya.
Bintang berbakat besar yang mula membina nama menerusi kumpulan The Tarik Crew sebelum mencetuskan fenomena dengan lagu What You Waiting For kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa, Colby O’Donis.
Belum sempat Nina berkongsi lanjut mengenai soal kariernya, perlahan-lahan episod bahagia bersama suami juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh disingkap
No comments:
Post a Comment