Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 21 October 2011

BANJIR DI THAILAND "MUSTAHIL BANGKOK DAPAT DI LINDUNGI"

Pemandangan di sebahagian daerah di Bangkok
Kata kerajaan Thailand amatlah mustahil untuk melindungi bandar Bangkok kerana paras air semakin meningkat.Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata,pintu-pintu sluice air seharusnya di buka supaya pengaliran air dapat dikawal mengalir keluar dari bandar Bangkok.

Sambil menyifatkan banjir itu sebagai "krisis negara" beliau berkata pegawai-pegawai telah melakukan kerja-kerja mereka untuk menyelesaikan masalah ini.Lebih 320 orang telah mati di seluruh negara semenjak bulan julai lalu.


Benteng atau tebatan banjir telah dibina untuk melindungi bandar Bangkok oleh pihak tentera pada hari-hari kebelakangan ini.Tapi hanya sebahagian kawasan sahaja dapat di lindungi,di pinggir bandar pada sebelah utara keadaan semakin dinaiki air.


Pelbagai langkah telah dibuat,pada hari rabu pegawai-pegawai mengesa semua penduduk yang terbabit (7 daerah Bangkok) untuk berpindah kekawasan yang lebih tinggi kerana berkemungkinan kawasan tersebut juga dilanda banjir.


Masalah ini sangat hangat,ini adalah krisis nasional.Kata Yingluck lagi pelbagai cara telah di buat untuk mengalirkan air keluar."kita tidak boleh menyekat air ini buat selama-lamanya" katanya."kita perlu mencari kawasan untuk mengalirkan air itu keluar ke laut."Masalah bertambah buruk bila air laut pasang membuatkan 
air sungai bertambah meningkat.


"Air datang dari segenap arah,amat mustahil untuk di halang kerana air bertambah banyak." katanya lagi.Lebih sepertiga wilayah Thailand telah digenangi air, Harvey Rachel BBC di Bangkok berkata pihak berkuasa kini membuat keputusan untuk menggunakan sebahagian modal untuk melindungi orang ramai.


Yingluck yang di lantik memegang jawatan pada julai lalu terus menerima kritikan terhadap apa yang berlaku 
sekarang.Ramai yang menyatakan perkhabaran yang dibuat oleh kerajaan mengelirukan penduduk mengenai 
keadaan sebenar yang berlaku.


Banjir di Thailand adalah yang terburuk dalam beberapa dekat berikutan hujan monsun yang turun dengan lebatnya semenjak bulan julai lalu.Sebahagian 9 billion penduduk menerima kesan yang amat ketara dalam tempoh 3 bulan,mereka yang tinggal di sebelah utara dan tengah telah merasai terlebih dahulu.


Kawasan perkilangan telah terjejas teruk kerana beberapa kawasan perindustrian terpaksa di tutup,lebih 1,000 kilang telah di tutup.Syarikat elektronik jepun Sony terpaksa menangguh pelancaran beberapa produk 
terbarunya kerana masalah banjir.


Bank pusat telah menganggarkan kerugian dalam bidang industri berjumlah lebih dari 100 billion bath.Sementara itu peniaga-peniaga beras berkata lebih dari 3.5m tan padi telah rosak,Thailand adalah pengekspot beras terbesar di dunia.


Gabenor Bank Thailand telah memberi amaran pertumbuhan ekonomi tahun ini menurun satu persen daripada ramalan asal iaitu 4.1%..... 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...