Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 31 December 2010

HITLER MATI DALAM ISLAM

Hitler Mati Islam Di Indonesia 1970, Buktinya..

Ibnu Hashim
Kawanku menelefon dari Jakarta memberitahu, sebuah buku yang menarik.
Hitler masuk Islam dan mati dalam Islam di Indonesia. Katanya. Aku pun
mencari-cari maklumat mengenainya."Buku kontroversi kematian Hitler memang baik untuk diulas. Atas dasar itulah kira-kira buku ini dicetak untuk khalayak. " Begitu ulasan pengarangnya.         
  • Buku berjudul 'Hitler Mati di Indonesia Rahasia yang terkuak'
  • Penulis: Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.
  • Penerbit:Titik Media Publisher 2010.
  • 119 halaman.
    Ulasan dari pengarangnya..

    Bab Satu, Pendahuluan: Buku ini ditulis untuk mengungkap misteri kematian Hitler yang sebenarnya, itulah isi dari bab pendahuluan. Buku ini memang bukan merupakan buku sejarah, tetapi sebuah buku yang mengungkapkan sisi lain dari sejarah kelam yang dialami oleh bangsa Eropa, khususnya bangsa Jerman pada masa Perang Dunia ke 11 yang penuh dengan kekejaman yang pernah terjadi pada umat manusia.

    Wednesday, 29 December 2010

    SANG MURABBI

    Assalamualaikum semua,Murabbi itulah yang aku nak tulis hari ni,Murabbi ni maksudnya guru,mu'alim,mu'addib dan pelbagai pengertian lagi.Sang Murabbi adalah jodol  sebuah  filem dari negara jiran kita indonesia.Sang murabbi adalah sebuah kisah sebenar ketokohan seorang guru atau selayaknya ustaz yang bernama Rahmat bin Abdullah..kisah perjalan hidup seorang pendakwah yang berhati waja dan perwatakan lembah lembut tetepi akan menjadi garang bila soal agama dan kenabian dipersendakan.Berbagai dugaan dan cabaran ditempuh untuk menjalankan syiar islam...dalam keadaan yang miskin beliau dan kesusahan...namun dia tetap tenang dan sabar.Filem ni pernah ditayangkan di Malaysia bukan dipanggung wayang tapi di Dewan Sri Penang pada 6 Disember 2008,filem ni dah lama tapi aku tak tahu menahu ada filem jodolnya sebegini...maklum lah kurang publisiti ...filem begini sapa nak tengok kalau dibawa masuk pun tak mendatangkan keuntungan.

    Friday, 24 December 2010

    KOMEN TOK GURU TENTANG PENDIDIKAN SEX

      Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
    Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
    “Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

    “Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

    GASTRIK

     Salam semua..hari ni nak bercerita sikit pasal gastrik tapi maaf la yer aku bukan doktor ianya berdasarkan pengalaman aku.Dulu masa aku kecik-kecik aku sering dengar orang cakap pasal gastrik tapi tak tahu apa kejadahnya tambahan bila tiba bulan Ramadhan nak bermula mula la cari surat doktor nak dapatkan pengesahan tak boleh nak berpuasa kah..kah.lawak betuk.Gastrik ni berpunca dari lebihan asid urik dan berlaku bila perut kosong dan punca lain menurut kata doktor ialah kerap mengambil ubat tahan sakit.Kata doktor ubat tahan sakit ni boleh diambil tapi jangan ketika perut kosong maksudnya kena makan dulu.
       Penyakit aku hadapi ketika aku masih remaja dulu,ketika tu aku lebih pentingkan kerja dari makan tapi bukan tak makan terus tapi aku lewatkan.Atara tanda-tandanya sakit disekitar perut,sukar membuang angin dan tak sendawa... bila makan rasa macam lekat sukar untuk menelan(bukan sakit tekak)  dan kembung perut.Bila ia berlarutan terasa pedih di ulu hati dan sering rasa nak muntah tambahan bila waktu pagi.Diantara ubat yang doktor syorkan(utamakan ke klinik kerajaan dahulu)ialah Gaviscon.Gaviscon ni ada dua jenis iaitu air dan tablet tapi bagi ibu mengandung kena tanya doktor dulu.Elakkan makan makanan yang pedas,panas dan masam,selalu jaga makan jangan terlewat makan kerana bila penyakit ni berlarutan ia akan menjadi Ulser
    terpaksa la dibedah bila usus dah bocor

    Tuesday, 21 December 2010

    NTAH.....

       Sedih dan takut aku bila  memikirkan  bermacam-macam kejadian kat negara kita,belum pun reda isu pembuangan bayi,pembunuhan,penagihan dadah dan pengedaran dan sebagainya.Terdetik di hatiku bagaimana ia berlaku dan mengapa... aku percaya kita semua tahu dan sedia maklum apa sebabnya.Isu terbaru yang aku kira top lah juga,iaitu isu si Suzie yang kerja sebagai GRO tapi bukan dia seorang yang kerja macam tu.. ramai lagi, tapi ia menjadi perhatian bila dah keluar kat akhbar.Apa kisah sebenarnya aku pun tak tahu tapi yang akhbar nyatakan itu lah gamaknya sebabnya,Sebenarnya aku kesian kat si Suzie ni dan kita tak boleh nak salahkan kepada dia seratus peratus.Kat Malaysia ni banyak lagi kerja-kerja yang halal tapi mengapa agaknya kerja begini yang dicari oleh mereka ni mungkin lumayan kot,apa-apa hal tolak tepi.
       Soal halal-haram ni orang dah tak ambil kisah... tapi bila timbul sesuatu isu yang bersangkutan dengan babi ramai la mula melatah dan mula bercakap soal halal-haram, sebenarnya skop halal-haram ni luas sebagai contoh  kita bekerja dalam sehari tujuh atau lapan jam dan kita dah berikrar untuk melakukan  tapi kita tak buat,kita hanya kerja lima jam sahaja kemana hilang masa yang selebihnya kita lah yang tahu tapi dapat gaji penuh setiap bulan,halal kah gaji yang kita terima kau tanyalah ustaz atau orang yang cerdik pandai dalam bidang agama.Berbalik kita pada isu si Suzie ni....sebenarnya kita semua bersalah sebab kita  tak mengambil

    Friday, 17 December 2010

    PENDIDIKAN SEX DISEKOLAH

    Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat subjek pendidikan seks atau pendidikan reproduktif tidak wajar diajar diperingkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Meskipun objektif subjek tersebut dikatakan adalah untuk membendung gejala pembuangan bayi dan juga memberikan pemahaman mengenai hubungan seksual secara konseptual, namun kaedah yang hendak diaplikasikannya tidak tepat.
    Sepertimana kami maklum, subjek Pendidikan Islam dan Moral telah sekian lama diterapkan diperingkat sekolah, malah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum, kaunseling dan program pendisplinan pelajar. Adakah semua modul tersebut tidak mampu menangani kebejatan syakhsiyah pelajar?

    Monday, 13 December 2010

    UNTUK PEMINAT FACEBOOK


    Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
    Dipetik daripada wikipedia:
    An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
    Yang bermaksud:
    Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
    Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
    Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
    Harap Maklum

    Saturday, 11 December 2010

    YANG BERLAKU DI AKHIR ZAMAN

    Ertinya:


    Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
    "Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
    "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".

    (H.R. Bukhari Muslim)

    Tuesday, 7 December 2010

    SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1432 HIJRAH

       Salam satu islam dan selamat menyambut awal muharam semoga diberi rahmat dan keberkatan oleh Allah.Hidup mesti diteruskan walaupun gula,petrol,gas memasak(lpg)dah naik berkali-kali dan akan naik kita tunggu lah insyallah,Hidup di kampong dah tak seindah macam dulu...banyak nak kena fikir untuk menjimatkan kos sara hidup dan kita kena guna cara hidup orang tua kita masa dia bela kita dulu...kita kena berubah,,kita kena hijrah.Dulu memasak guna dapur kayu dan sememangnya duk kat kampung banyak kayu yang tak pernah kena beli pun...makan pucuk ubi kayu buat kerabu ikan pula tangkap kat sawah,padi tanam sendiri, berapa banyak ekonomik orang tua kita dan aku insyallah akan mulakan cara hidup begini.

    Wednesday, 1 December 2010

    MENJAGA ADAB KETIKA MAKAN

    Bacalah Bismillah sebelum makan dan disudahi dengan Allhamdulillah.... Setiap manusia yang hidup pasti memerlukan makan dan minum,ini sudah menjadi fitrah kita manusia dan semua makhluk ciptaan Allah dan yang pasti tanpa itu pasti akan mati.Makan dan minum itu ada cara dan adabnya jangan bila kita suka terus saja dimasukkan ke perut sehingga perut menjadi semput

    Friday, 26 November 2010

    FOR THE REST OF MY LIVE(MAHER ZAIN)

    FOR THE REST OF MY LIFE(MAHER ZAIN)

    I PRAISE ALLAH FOR SENDING
    ME YOU MY LOVE
    YOU FINE ME HOME
    AND SAIL WITH ME AND I’M HERE WITH YOU
    NOW LET ME LET YOU KNOW
    YOU’VE  OPENED MY HEART
    I WAS ALWAYS THINKING THAT LOVE
    WAS WRONG
    BUT EVERYTHING WAS CHANGE
    WHEN YOU COME ALONG

    Monday, 9 August 2010

    SEKIAN LAMA MENYEPI....

    Salam semua lama tak jumpa..saya masih sihat dan masih hidup lagi....dan akan coming soon......

    Friday, 2 April 2010

    TAULADAN SEORANG PEMIMPIN



    Salam semua,
    Apa agaknya yang terlintas di fikiran anda melihatkan Tok Guru kesayangan kita semua bersarapan sempoi ajer di kedai makan paling terkebawah di dalam senarai rangking kedai makan dan restoran/hotel hebat di dunia.
    Beliau makan siap guna tangan lagi. Kalau orang besar-besar lain mungkin sudah guna sudu atau garfu.

    Beliau bukannya tidak mampu makan di tempat high class seperti di restoran ternama dan juga hotel-hotel mewah seperti kelaziman yang dibuat oleh pemimpin pemimpin UMNO yang lain.

    Beliau adalah Menteri Besar dan merupakan orang No.1 di Kelantan.
    Inilah kezuhudan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


    Written By Panglima7

    Wednesday, 31 March 2010

    JAHILLIAH MODEN

    Satu demi satu bala yang menimpa kat negara kita belum pun reda krisis politik,H1N1,mat rempit dan macam-macam lagi timbul bala baru...membunuh nyawa yang tak berdosa...membuang bayi dan hari ini aku dengar kat THR bilangan yang dapat dikesan di seluruh malaysia seramai 15 orang ..tu yang diketahui sahaja tak tahu la yang lain-lain.Kalau dahulu anak perempuan sahaja yang ditanam hidup-hidup tapi sekarang tak mengira jantina dan dahulu perempuan jahat akan mencari pasangan dengan cara mengibarkan bendera merah kepada mereka yang sanggup menidurinya...seramai mungkin..apa beza dengan remaja wanita sekarang malah lebih teruk dari itu.
     Kejadian gejala sosial kat negara kita begitu ketara..tapi ada suara sumbang yang mengatakan belum sampai ketahap yang membimbangkan...kita nak tunggu bila... nak tunggu sampai kiamat bila dunia ni dah hancur dan kita semua besoal jawab dengan Allah Taala kerana gagal menjalankan syariat yang ditetapkan oleh islam dan kita menjalankan undang-undang mengikut acuan kita sendiri dan barang siapa yang gagal melaksakan syariat Allah maka  tunggulah  azab dan laknat Allah.Segala kejadian dan gejala sosial yang berlaku berkait rapat dengan  kegagalan kita menjalankan hukuman mengikut kehendak islam.Sejauh mana kita dapat menilai dan merenung kejadian ini bergantung pada tahap keimanan kita..kita sering leka dan alpa kerana terlalu banyak hiburan yang disajikan tanpa batasan,pergaulan terlalu bebas seolah-olah tidak berugama...aku menjadi hairan dan timbul tanda-tanya dikala ini ramai ustaz-ustaz dan para pendakwah yang mengajar ugama kat mana-mana sahaja tapi maksiat makin berleluasa di mana yang tak kena...kita inginkan agama pada tiga tempat sahaja..

    AWAS KAKI ROKOK !

    "(AAP) CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

    University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

    Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

    Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

    "I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

    "The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

    Monday, 29 March 2010

    JOM HEBOH KELANTAN


    Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah

    WAN NIK WAN YUSSOF: Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah
    11 Rabiulakhir 1431H.
    Wan Nik Wan Yussof


    Penghujung tahun lalu, Karnival Jom Heboh TV3 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 4,5 dan 6 Disember 2009. Seperti biasa Jom Heboh yang dimuatkan dengan acara hiburan, promosi perniagaan dan beli belah. Pun begitu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat adalah biasa dikenali sebagai rancangan hiburan melibatkan pelbagai lapisan artis. Namun, tidak kurang juga sambutan ribuan orang ramai kepada konvensyen jutawan, gerai promosi Malaysian Biotechnology serta jualan pelbagai jenama perkhidmatan telefon selular.


    Sehubungan itu, Jom Heboh lebih popular sebagai karnival hiburan, walaupun kandungannya bersifat berimbang antara matlamat hiburan dengan perniagaan. Dalam menangani soal ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran Sure Heboh (lihat Malaysiakini.com, 30 Julai 2004) sebagai program hiburan yang melampau mengundang pelbagai kesan maksiat.

    Sunday, 28 March 2010

    MESYUARAT PIBG BUKAN MEDAN POLITIK

    Suatu perkara yang aku nak cakap rasa tak puas hati aku dan ibubapa lain tapi ramai yang tak puas hati kat aku.. ..tapi aku mohon maaf kat kawan-kawan aku yang jadi ibu guru dan bapa guru semua.Setiap tahun bagi yang ada anak maka akan diminta hadir beramai-ramai ke mesyuarat PIBG bukan BCG..persoalan bukan aku dan ibu bapa tak nak datang tapi tak tahan karenah wakil yang dijemput biasanya wakil dari parti UMNO khususnya....untuk pengetahuan Tuan Guru Besar bukan ibu bapa tak nak datang...tapi dah jadi lain..jadi ceramah politik..dikutuk nya sianu-siani..yang hadir bukan penyokong UMNO sahaja ada penyokong parti lain itu kena ingat...mesyuarat PIBG ni setahu aku tempat untuk menyelesaikan permasalah atu mengemukakan cadangan untuk kebaikkan dan mutu pelajaran anak-anak kita dan lain-lain hal yang bersangkutan..tapi bukan semua wakil yang macamni ada yang bagus..aku kalau yang baik aku cakap baik....tapi Jarang-Jarang ada yang macam ni.

    ceramah agama



    KEMALANGAN

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...ada kejadian yang berlaku semasa aku balik dari kerja dan semua orang tak nak perkara ni berlaku tapi ia tetap berlaku..kemalangan.....setiap kejadian ada sebab dan musabab tapi itu adalah asbab sahaja atau punca yang menyebabkan suatu kejadian.Peristiwa ni berlaku lebih kurang pukul tujuh lebih  ...pada awal nya aku nak balik ikut jalan lain tapi aku tengok ramai orang...rupanya ada kemalangan dekat simpang nak masuk ke perumahan Taman Mesira dan memang kerap berlaku kat kawasan ni.Kemalangan tersebut yang membabitkan dua buah motosikal...menurut apa yang diceritakan salah sebuah mosikal datang dari arah Kota Jembal dan nak masuk ke perumahan...tiba-tiba datang sebuah motor lagi dari arah yang sama melanggar mangsa..itu kata orang tapi aku tengok yang dah lepas berlaku...

    Thursday, 25 March 2010

    USER MANUAL


    Assalamualaikum dan salam sejahtera,sebagaimana yang kita semua al-maklum kita selalu dengar dan mungkin kita pernah baca user manual atau service manual.Kita beli barangan elektrik dia bagi user manual ..kita beli kereta pun dia bagi juga benda ni,guna benda alah ni untuk memudahkan  kita bagaimana nak pakai atau guna barangan tersebut.Kita ambik contoh kereta la...kita kena tahu kat mana nak isi petrol,kat mana nak isi minyak hitam,kat mana nak taruk air dan bermacam-macam lagi lah.
      Kalu kita tak baca terlebih dahulu alamaknya hancur-boncai la jadi nya..kau bayangkan lah kat tangki minyak kau taruk air,kat tangki minyak hitam kau taruk minyak gear bagaimana jadi agaknya..kenapa jadi demikian ..sebab kau tak baca user manual terlebih dahulu itu pasal jadi camtu.Aku bagi contoh macam tu supaya kita mudah faham...yang aku nak citer ni benda lain..pasal kita ..pasal manusia..ceritanya pun sama.Al-Quran...Al-Quran ni lah yang jadi user manual kat kita yang bernama manusia toksah cari benda lain dah,kat dalam Al-Quran terkandung segala-galanya...soal kehidupan,politik,makan minum,halal-haram dan sebagainya..pasal apa manusia rosak..pasal tak baca Quran dan kalau baca pun tak ikut apa yang dikatakan kat dalam Al-Quran.Semakin hari semakin rosak akhlak orang-orang islam yang halal jadi haram,yang haram dah jadi halal..kita tengok sapa peduli..berapa kerat yang ambik kesah.Tengok program kat tv orang bangsa apa yang ramai menyertai.sebut lah mentol,akademik fantasia dan apa-apa yang sial lagi .tentulah anak-anak orang melayu dan berugama islam...sedih dan malu aku dibuatnya dan yang lebih malang mak bapa siap menangis kalau anakny gagal menjadi juara..kita menangis kalau anak kita gagal dalam peperiksaan tapi kita tak menangis bila anak kita dedah aurat,kita tak menangis kalau anak kita tak sembahyang ,tak tahu baca Quran malang  sungguh kehidupan orang islam sekarang berlumba-lumba mencari kemewahan dan harta dunia dan sesungguhnya bukan salah mencari kekayaan malah menjadi tuntutan tapi biarlah seiring dengan kehendak islam.

    Saturday, 20 March 2010

    KURNIAAN ALLAH

    Assalamualikum  dan salam sejahtera semua,seperti yang kita semua maklum anak ialah harta pemberian Allah sebagai ujian... terpulang kepada kita untuk mencorakkannya baik atau buruk dan kerana anak juga kita boleh ke neraka jika kita tak memberi pendidikan agama  yang secukupnya.Kita disuruh memberi pendidikan agama kepada anak kita sejak didalam kandungan lagi..bagaimana?

    APA YANG KITA RASA?


    Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

    Wednesday, 17 March 2010

    CUTI LAGI...

    Assalamualaikum semua,nampak nya cuti lagi la kita tapi bukan semua cuti...guru dan murid je yang cut dan yang lain tu numpang je .Cuti penggal pertama persekolahan dah bermula tak lama seminggu je..cuti-cuti macam ni selalu aku keseorangan semua bini dan anak-anak dah balik kampong kecuali aku apa nak buat tak boleh balik kenduri jenuh(banyak ) dimusim cuti begini ada yang bertiket ada yang free so...kena laya la semua tu.Sebut pasal kenduri kat kelantan ni memang meriah la..memang meriah ramai sanak- sedara dan jiran yang datang menolong tak kira yang jauh ke yang dekat..kenduri kat kelantan ada dua  fasa,ceh macam elektrik pula ada fasa-fasa..fasa yang pertama makan free je kenduri sambil buat kesyukuran dan fasa kedua ni berbayar beb..bukan apa kenduri ni banyak keluar modal tambahan sekarang barang semua naik.Kat kelantan ni kenduri kita panggil BEKWAH orang putih cakap BIGWASH kenapa jadi macamni yang dimaksubdan BIGWASH kerana banyak yang kena basuh pinggan -mangkuk ,periuk belangga bisa kat kelantan jarang orang guna pinggan kertas kita guna pinggan  yang ori jadi kena la basuh lepas makan..sebab orang lain pula nak makan....

    Tuesday, 9 March 2010

    MENGHAYATI KEBESARAN ILAHI

    Petang kelmarin selepas tutup kedai kawan aku ajak la aku pergi beli ikan di tempat pendaratan ikan di kg. Kemayang  Tawang jadi lepas beli ikan aku ambil la gambar-gambar ni....indah sungguh ciptaan Allah tapi tangan-tangan durjana manusia yang merosakkan alam ini.....

    BERPELUK DALAM KHAYAL


    Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
    ahmadshahrul@hmetro.com.my
    2010/03/07

    KUALA LUMPUR: Penahanan lebih 20 pasangan kekasih beragama Islam dalam keadaan khayal serta berpelukan dan melakukan mukadimah zina ketika serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan eksklusif dekat sini, membongkar pembabitan seorang artis terkenal yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral di situ.
    Menurut sumber Jais, serbuan mengejut itu menyebabkan sebahagian pengunjung beragama Islam bertempiaran lari menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditahan kira-kira 20 anggota penguat kuasa.

    Saturday, 6 March 2010

    TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

    Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

    Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

    Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

    Wednesday, 24 February 2010

    PRIHATIN

    TARIF ELEKTRIK


    Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana Slogan 1Malaysia

    Oleh: YUSMAWATI MHD YUSOF
    Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik. 

    Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan. 

    Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali


    Sunday, 21 February 2010

    SELAMAT BEKERJA

    Allhamdulillah,cuti dah habis semua dah mula kerja termasuklah aku.Cuti selalunya seronok tapi ada juga yang tak seronok..yang tak seronoknya tak dapat guna internet sebab kabel telepon kena curi,termasuk yang ini dah tiga kali dah kena curi... celaka sungguh si penyangak ni(maaf bahasa kesat sikit)baru je kontraktor TM sambung dah dipotong pulak tak tahu la aku berapa lama boleh

    Thursday, 11 February 2010

    CUTI SEKOLAH

    Assalaimualaikum semua...cuti sekolah dah nak bermula tapi bukan cuti penggal tapi cuti tahun baru cina dan ramai yang merancang untuk balik kampong...elok la tu ye cuti macam ni balik kampong ziarah ibu-bapa,sanak sudara rakan taulan.Ibu-bapa bukan nak duit ringgit kita tapi nak menatap anak-anak dia dapat bersua muka sekali-sekala hilang kerinduan mereka terhadap kita.Bagi yang berbangsa Cina aku ucapkan

    Wednesday, 10 February 2010

    IKUTLAH BAPAMU TAKUTKAN ALLAH

    Bismillahirahmanirrahim dan assalamualaikum semua,hari ini aku nak ceritakan sebuah kisah untuk kita jadikan teladan.Kisah ini mengenai kehidupan seorang bapa yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur dalam linkungan lima tahun.Kehidupan mereka ini sangat susah,bapak budak ni adalah seorang pencuri..dia mencuri untuk menyara kehidupan mereka.Pada satu hari bapak budak ni berfikir tentang apa kesudahan nasib anaknya setelah ketiadaanya(mati) lalu ia telah menemui jalanya..ia bercadang menempatkan anaknya dipondok pengajian agama.

    Monday, 8 February 2010

    PASAR MINGGU KEDAI LALAT

    Kedai lalat atau nama barunya kota jembal sudah dikenali ramai,bagi yang dah tahu tu tahulah tapi masih ramai yang tak tahu.Mengikut cerita  yang aku tahu nama kedai lalat ni di beri dulu-dulu dah ada orang berniaga tapi tak seramai hari ini bila datang orang yang membawa barangan untuk dijual maka ramai lah yang datang menghurung ye la macam lalat la gamaknya sebab tu diberi nama kedai lalat betul ke tak betul itu aku tak pasti

    Sunday, 7 February 2010

    SMS

    Sms dari manusia bangang kerap benar aku terima, sms lucah...apa dia orang ingat semua kat malaysia ni otak biru macam dia ke..#%^*(()^%% dah takde kerja lain nak dibuat ke...ke dah buang tabiat rasa nak sumpah je orang macamni.Sms ni dihantar  pada pukul 1:28ptg antara kandunganya:

    Friday, 5 February 2010

    PENGGUNA ISLAM SERING TERTIPU

    Assalamualaikum semua salam satu islam,terpanggil rasanya untuk aku terus menulis soal halal-haram sebab benda ni wajib kita usul,wajib kita mengetahui dari mana sumber makanan ,sumber kewangan yang kita bagi anak bini kita makan.Kita pengguna islam kat malaysia ni seolah-olah dipermainkan oleh oang bukan islam tentang soal halal haram soalnya mereka tidak tahu atau tak ingin ambil tahu..aku sering bertanya sebanyak mana  bahan-bahan haram dah masuk dalam perut kita.Kita pengguna islam terlalu bergantung kepada pengusaha dan pengilang dari orang bukan islam apa tak ada ke pengusaha yang beragama islam(tak mengira bangsa) jawabnya memang ada...tapi sedikit benar kalu nak di hitung.

    Friday, 29 January 2010

    HUKUM MENGGUNAKKAN FACEBOOK

    Apa hukumnya menggunakkan facebook sekian lama aku tercari-cari terjumpa lah satu artikel dan boleh kita kongsi bersama..

    PONDOK LUBUK TAPAH TERBAKAR


    PASIR MAS 22 Jan – 3 berek pelajar lelaki Pondok Lubuk Tapah musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi tadi. Berita lanjut akan menyusul kemudian kerana pihak kami masih berusaha untuk mendapat maklumat lanjut daripada pihak pentadbiran
    Sebarang sumbangan bolehlah hubungi pejabat pondok berkenaan di talian : 09-7905672 atau saudara Azlan 014-5064930

    Sunday, 24 January 2010

    MUNAFIK

    MUNAFIK satu ungkapan dan panggilan yang tak sedap didengar tapi ia wujud disekitar kita dan mereka jadi kawan kita.Tidak sukar untuk mengenali orang munafik ni ada tanda-tanda dia,ada 4 ciri :

    BIAR BETUL

    Nak tergelak pun ada nak marah pun ada korang fikir lah sendiri  aku tak nak komeng yang penting objet ni

    Saturday, 23 January 2010

    JUDI DAN ORANG ISLAM

    Judi itu haram hukumnya di dalam islam  ada  ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadisnya antaranya firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 dan Surah Al-Baqarah ayat 219.Amalan judi hari ini sudah melanda umat islam dan seolah-olah satu budaya.Sebenar nya budaya main nombor ekor ni dah lama dah, ada bermacam jenis antaranya sport toto,magnum 4digit, big sweep dan banyak lagi .Judi bukan budaya mana-mana kaum, judi ni dah wujud dari zaman jahiliah lagi dan orang melayu dah berjudi sejak era 60an aku rasa cuma judi dalam bentuk berlainan seperti sabung ayam,laga biri-biri,lembu dan pelbagai lagi.


    Friday, 8 January 2010

    BAKAR GEREJA

    Hari ini kita dikejutkan dengan berita serangan keatas gereja,tak tahu la apa nak jadi sekarang kat malaysia ni siapa punya angkara ...semestinya orang islam? inilah sangkaan pertama kat kepala otak kita dan itulah andaiannya.Aku mengecam sekeras-kerasnya tragedi ini kerana kita hidup aman dan damai sekian lama mengapa harus melakukan  perkara ini kerana kita wajib menghormati agama lain begitu juga agama lain harus menghormati agama islam.
      Jangan jadi taksub dan mengambil jalan mudah,jangan senang di pengaruhi oleh anasir-anasir luar yang tak senang melihat keamanan kat negara kita.Tidak ke kita berfikir ini akan menguatkan lagi unsur perkauman,pergaduhan mahu ke kita melihat keamanan yang kita kecapi sekarang bertukar menjadi kacau bilau dan jangan biarkan perasaan dendam dan benci terhadap orng islam.Aku tak kata orang islam yang bakar mungkin ada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan apa-apa pun kerajaan harus menanggani isu ini dengan baik umpama menarik rambut di tepung,rambut jangan putus tepung jangan punah.....

    Sunday, 3 January 2010

    HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN



    Assalamualaikum semua salam satu islam...hari ini merupakan hari pertama persekolahan kat negeri kelantan khususnya...jadi bermacam-macam situasi yang dapat kita lihat dan sekolah kembali meriah dengan suara yang riuh rendah dan sekali sekala terdengar suara tangisan kanak-kanak yang baru masuk

    Friday, 1 January 2010

    HADIAH TAHUN BARU UNTUK RAKYAT


     


     



    15 Muharram 1431                  (sekadar hiasan)

    Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.

    Search This Blog

    Archives

    PING BUSUK

    APESAL TENGOK JER...