Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 23 January 2010

JUDI DAN ORANG ISLAM

Judi itu haram hukumnya di dalam islam  ada  ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadisnya antaranya firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 dan Surah Al-Baqarah ayat 219.Amalan judi hari ini sudah melanda umat islam dan seolah-olah satu budaya.Sebenar nya budaya main nombor ekor ni dah lama dah, ada bermacam jenis antaranya sport toto,magnum 4digit, big sweep dan banyak lagi .Judi bukan budaya mana-mana kaum, judi ni dah wujud dari zaman jahiliah lagi dan orang melayu dah berjudi sejak era 60an aku rasa cuma judi dalam bentuk berlainan seperti sabung ayam,laga biri-biri,lembu dan pelbagai lagi.



  Judi dalam dunia moden hari ini kita tak payah turun padang duduk kat rumah mengadap internet kat komputer, dah ada online pulak dah ..tak ada kat rumah kita pergi rumah kenkawan(kawan-kawan)ye la saling tolong- menolong dalam perkara haram dapat lah sedikit saham kat akhirat nanti.Apa dah tak ada ikhtiar lain ke ...jenuh juga aku nasihat kat kawan-kawan dia angguk je faham la tu gamaknya...yang paling aku sedih dan membuat aku marah ada yang memuja busut ..Allahurabbi  manusia islam ke macam ni... malah sanggup pergi kat merata tempat,tunjuklah kat mana ada busut yang berpenunggu  sampai lah mereka-mereka ni.Benda khurafat dan syirik jangan dibuat main-main dosa besar menyekutukan Allah.
   Dalam seminggu penuh program ustaz ceramah kat masjid lubang hidung pun tak nampak..usahlah nak datang dimaki kat ustaz dari jauh la katanya ceramah apa benda macamni  asyik dok mengata orang macam ceramah politik ,macam dikir baratlah...aduh payah manusia hari ini baik cakap dengan pokok takpun dengan lembu kerbau.Terfikir juga aku mana perginya alim ulamak kat negara kita menyepi je(bukan semua)dan apa pula peranan menteri kita yang berugama islam subahat  tu  sama je dapat dosa.Dalam dunia era globalisasi 
banyak kemudahan ...kemudahan dan kecanggihan... itu tak salah, islam menggalakkan orang islam menerokai dalam segala bidang tapi kena seiring dan tidak bercanggah dengan syariat dan hukum alam tapi kita menggunakkan di tepat yang tidak betul...bayangkan dan lihat lah didada-dada akhbar yang berbahasa apa pun ada la keputusan-keputusan no ekor ni,yang paling sedih dalam akhbar harian berbahasa melayu dan ramai la pembaca melayu tak terasa aib ke...atau malu  ke boleh kita birkan macamtu  aje..bila islam dihina kita marah tapi kita yang yang meletakkan islam di tempat yang tidak sepatutnya pasal kita subahat dan membiarkan perkara yang mungkar berlaku di depan mata Nauzubillah..





....

No comments:

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...