Hari ini kita dikejutkan dengan berita serangan keatas gereja,tak tahu la apa nak jadi sekarang kat malaysia ni siapa punya angkara ...semestinya orang islam? inilah sangkaan pertama kat kepala otak kita dan itulah andaiannya.Aku mengecam sekeras-kerasnya tragedi ini kerana kita hidup aman dan damai sekian lama mengapa harus melakukan perkara ini kerana kita wajib menghormati agama lain begitu juga agama lain harus menghormati agama islam.
Jangan jadi taksub dan mengambil jalan mudah,jangan senang di pengaruhi oleh anasir-anasir luar yang tak senang melihat keamanan kat negara kita.Tidak ke kita berfikir ini akan menguatkan lagi unsur perkauman,pergaduhan mahu ke kita melihat keamanan yang kita kecapi sekarang bertukar menjadi kacau bilau dan jangan biarkan perasaan dendam dan benci terhadap orng islam.Aku tak kata orang islam yang bakar mungkin ada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan apa-apa pun kerajaan harus menanggani isu ini dengan baik umpama menarik rambut di tepung,rambut jangan putus tepung jangan punah.....
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)
2 comments:
Assalamualaikum
ana da add blog anta di
http://blogkarkun.blogspot.com
Semoga rajin buat usaha dakwah Insya Allah
blog peribadi ana di sini
www.hainur.com
Assalamualaikum
Assalamualaikum,
saya bukan pandai dalam hidup beragama apa lagi nak kata orang 'alim, bukan juga orang politik, hanya insan biasa yang ingin menuju kesempurnaan.
Pandangan saya mungkin tak macam si 'alim atau politikus yang berjuang sesuai dengan ilmu mereka, tetapi apa yang berlaku akhir ini nampaknya macam ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang mungkin para 'alim dan pemimpin politik kita terlepas pandang.
Ada pihak yang tidak senang bila dalam sesebuah negara itu aman atau berbaik dengan negara lain. Pelbagai isu yang di guna membangkitkan sentimen yang pelbagai, provokasi ini amat merbahaya kerana ianya adalah suatu teknik halus yang mengaitkan segala macam hal berkaitan "hati" ,,, risau susah hati tak tenteram, apa lebih lama dan memuncak maka meletuslah suatu keadaan yang tak dapat di bendung lagi.
Bila sampai tahap macam tu kita nak buat apa lagi, apa pilihan yang ada,,,
sekiranya kita semua dapat mengawal diri, memahami keadaan, dapaatlah kita mengenal pasti punca dan siapa musuh sebenar kita
semoga semua pemimpin kita tahu dan dapat menguasai keadaan, insyallah
Post a Comment