Salam satu islam dan selamat menyambut awal muharam semoga diberi rahmat dan keberkatan oleh Allah.Hidup mesti diteruskan walaupun gula,petrol,gas memasak(lpg)dah naik berkali-kali dan akan naik kita tunggu lah insyallah,Hidup di kampong dah tak seindah macam dulu...banyak nak kena fikir untuk menjimatkan kos sara hidup dan kita kena guna cara hidup orang tua kita masa dia bela kita dulu...kita kena berubah,,kita kena hijrah.Dulu memasak guna dapur kayu dan sememangnya duk kat kampung banyak kayu yang tak pernah kena beli pun...makan pucuk ubi kayu buat kerabu ikan pula tangkap kat sawah,padi tanam sendiri, berapa banyak ekonomik orang tua kita dan aku insyallah akan mulakan cara hidup begini.
Semakin hari semakin ditekan dan tertekan dengan tipu daya kemodenan bukan aku menolak kemodenan yapi ia tidak selaras dengan kehidupan.Duduk dikampong kerja tak menentu purata pendapatan tak seberapa lain lah orang kerja dengan gomen(goverman)ada kenaikan gaji dan insentif lain.Belanjawan yang dibentangkan tahun ni tak ada kena-mengena dengan orang kampong macam aku,kalau zaman Pak Lah dulu ada juga subsidi dan insentif untuk petani kerana katanya pertanian adalah perdagangan dan nampak nya tanam padi untuk musim baru ni perlu kos yang banyak.Harga padi tak naik-naik potongan masa jual pula mececah sampai 23 kilo untuk 1 tan metrik cuma harapkan subsidi yang tak seberapa itu lah kata orng yang tanam padi kat kampung aku...
Perutusan Menteri Besar Kelantan sempena Maal Hijrah
Tuan GuruHaji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)
No comments:
Post a Comment