Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(H.R. Bukhari Muslim)
Assalaimualaikum semua,dari hadis diatas boleh kita kaitkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku kat negara kita sekarang kerana hilangnya sifat amanah.Amanah adalah sifat yang terpuji sifat yang diwarisi dari junjungan besar nabi Mohammad (s.a.w) yang kini sudah semakin hilang kerana nafsu dan sifat terlalu mementingkan kebendaan semata-mata dan ia berpunca dari manusia semakin lupakan kepada didikan agama.Salah satu sebab mengapa berlaku rasuah,bukan kesempitan hidup atau bergaji kecil..tapi itulah salah satu asbab atau alasan yang yang diberikan.Saya berkata demikian kerana sipelaku adalah dari golongan yang bergaji besar ,dengan gaji yang begitu besar takkan tak cukup...itulah yang kita fikir.Kerana hilangnya sifat amanah maka berlakulah demikian.Kita diajar oleh agama kita supaya bertanggung jawab pada setiap amanah yang diberikan kepada kita tak kira apalah jawatan kita dari sebesar-besar pangkat hinggalah yang ditahap bawah sekali iaitu kuli.
Pada hari ini ramai orang yang kita nampak baik dan amanah tapi bersifat kianat. Jika ada peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan jarang benar diagihkan dengan betul. Golongan yang menjadi mangsa adalah yang dikampong yang terpencil seperti kampong aku yang tak berpendidikan tinggi.Kita kurang menghayati keindahan islam ,islam mencakupi semua aspek akidah,ibadat,muamalat,perundangan dan pelbagai lagi.Sekiranya kita mengamalkan cara hidup islam kita akan selamat dan menjadi umat yang termaju buktinya dizaman nabi kita da para sahabat.Tiada sifat amanah menyebabkan kita senang dibolosi oleh pihak musuh,kerana kita boleh dibeli dngan wang ringgit banyak peritiwa yang mengejutkan kita berlaku dijabatan-jabatan penting dan bersangkutan dengan keselamatan negara terlibat dengan rasuah kepada siapa lagi untuk kita harapkan dalam soal-soal begini dan kita begitu bimbang apa akan berlaku seterusnya.........
Contohi sifat rasulullah iaitu sidiq,amanah,menyampaikan dan fatanah jika benar negara kita ini sebuah negara islam.
AMANAH ADALAH SIFAT YANG
PERLU ADA PADA SETIAP UMAT ISLAM TERUTAMANYA DALAM
PEKERJAAN. TANPA SIFAT AMANAH SESEORANG ITU TIDAK DAPAT
MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA DENGAN BAIK.
MALAH STAF YANG TIDAK AMANAH AKAN MENJADI PEROSAK KEPADA
ORGANISASI
No comments:
Post a Comment