dan tidak tinggalpun sebarang ruang.
Sabda Rasulullah yang bermaksud''Kita kaum muslimin-ada lah satu kaum tidak akan makan bila kita merasa lapar dan apabila kita makan tidak merasa sampai kekenyangan.''Kegemaran makan yang keterlaluan yakni makan yang terlalu kenyang di khuatiri Rasulullah(s.a.w) sebagaimana sabdanya yang bermaksud'' Yang paling saya takuti di antara hal-hal yang saya takuti ke atas umatku ialah besar perutnya,gendut kerana banyak makan,terus menerus tidur,kegemeran tidur yang melampaui batas,malas lemah tidak berkeyakinan,tidak mempunyai pendirian yang tegas dan mantap''.
Makan itu sekadar sahaja asal kita dapat berdiri dan bergerak(bekerja) yakni tidak sampai hilang semangat di sebabkan lapar.Perut hendaklah di bahagi kepada tiga ruang sepertiga untuk makanan,sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk ruang udara agar mudah untuk pernafasan yang perlu di kosongkan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.Ada beberapa perkara perlu di titikberatkan dalam soal makan minum ini iaitu:
a)Perut besar adalah rumah penyakit dan menjaga diri sebelum datang penyakit adalah penting,kerana bila terkena penyakit adah sukar untuk di ubati dan tentu mengambil masa yang lama untuk di sembuhkan.Oleh itu bersederhana bila makan dan minum.
b)Bukan banyak mikan kita kuat,tapi makan yang secukup itu membuat badan kita kuat dan bersemangat,cerdik dan berfikir.
c)Jikalau perut penuh di isi dengan makanan maka sempitlah untuk di isi dengan minuman dan kalau banyak di isi dengan minuman tiada lah pula ruang untuk di isi udara.,bila berlaku hal demikian badan akan menjadi lesu,malas dan membahayakan kesihatan.
d)Orang yang kuat makan otaknya menjadi tumpul malas berfikir hilang semangat untuk berkerja dan sekali gus untuk amal dan ibadat.
Pengajaran yang kita boleh ambil betapa tinginya ajaran yang di berikan oleh Rasululla(s.a.w) untuk kebaikkan umatnya dan terserahlah kepada kita untuk mengikutinya...
...
No comments:
Post a Comment