Sedih dan takut aku bila memikirkan bermacam-macam kejadian kat negara kita,belum pun reda isu pembuangan bayi,pembunuhan,penagihan dadah dan pengedaran dan sebagainya.Terdetik di hatiku bagaimana ia berlaku dan mengapa... aku percaya kita semua tahu dan sedia maklum apa sebabnya.Isu terbaru yang aku kira top lah juga,iaitu isu si Suzie yang kerja sebagai GRO tapi bukan dia seorang yang kerja macam tu.. ramai lagi, tapi ia menjadi perhatian bila dah keluar kat akhbar.Apa kisah sebenarnya aku pun tak tahu tapi yang akhbar nyatakan itu lah gamaknya sebabnya,Sebenarnya aku kesian kat si Suzie ni dan kita tak boleh nak salahkan kepada dia seratus peratus.Kat Malaysia ni banyak lagi kerja-kerja yang halal tapi mengapa agaknya kerja begini yang dicari oleh mereka ni mungkin lumayan kot,apa-apa hal tolak tepi.
Soal halal-haram ni orang dah tak ambil kisah... tapi bila timbul sesuatu isu yang bersangkutan dengan babi ramai la mula melatah dan mula bercakap soal halal-haram, sebenarnya skop halal-haram ni luas sebagai contoh kita bekerja dalam sehari tujuh atau lapan jam dan kita dah berikrar untuk melakukan tapi kita tak buat,kita hanya kerja lima jam sahaja kemana hilang masa yang selebihnya kita lah yang tahu tapi dapat gaji penuh setiap bulan,halal kah gaji yang kita terima kau tanyalah ustaz atau orang yang cerdik pandai dalam bidang agama.Berbalik kita pada isu si Suzie ni....sebenarnya kita semua bersalah sebab kita tak mengambil
tahu persoalan di sekeliling kita ini,suatu sikap yang salah...jangan jaga tepi kain orang itu yang kita selalu
dengar..itu salah..kita dikira subahat bila sesuatu kejadian maksiat berlaku di sebelah rumah kita,kita harus menegurnya, nasihat dengan cara yang baik dan kalau dah tak tak mampu tegurlah dengan hati yakni didalam hati kita biar ada sifat benci pada maksiat yang dilakukan dan dan selebihnya serah kan pada Allah.
Gerakan dakwah ini bukan tanggung jawab ulama sahaja tapi ia tanggung jawab yang harus di pikul bersama
seperti mana yang dilakukan oleh pemberita Harian Metro ia bejaya mengembalikan seorang hamba Allah kejalan kebenaran,aku bangga pada manusia begini yang ada tanggung jawab pada agama dan bangsa dan orang beginilah yang patut kerajaan bagi pingat dan aku terlebih bangga pada golongan manusia seperti ini dari manusia yang mengharumkan nama negara dengan kerja yang tak memberi faedah.Kita kena hidup dalam erti kata sebenar seiring dengan kehendak agama kita islam,garis panduan telah ditetapkan bagaimana soal hidup bermasyarakat saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan,ziarah sesama islam dan sentiasa mengambil tahu soal kebajikan jiran tetangga seagama dan tak mengira apa bangsa.Kehidupan masyarakat islam hari ini menyimpang dari kehendak islam,merereka lebih mementingkan isi perut sendiri tanpa mengambil
tahu ada jiran yang mati kelaparan dan yang paling menyedihkan mereka kata orang yang kelaparan itu malas berkerja,mereka kaya kerana mereka kuat berkerja ,mereka lupa siapa yang memberi kekayaan bukankah Allah.
Dan ingatlah kekayaan dan kemewahan itu melalaikan kita dari melakukan ibadat tapi Allah tak melarang hambanya mencari kekayaan dan jadilah orang kaya yang Mukmim itu sebaiknya.....
FIKIR DAN RENUNGKAN
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)
No comments:
Post a Comment