Terfikir juga aku kenapa pengusaha-pengusaha bukan islam berani menggunakan logo halal palsu..kot -kot ada barua dari golongan bangsa melayu,sebab melayu la ni..sanggup tukar apa saja asal dapat duit, itu andaian saja bukan tuduhan ,sila rujuk harian metro(edisi timur) yang bertarikh jumaat,29 januari 2010 yang bertajuk:
Najis bertaburan ,kilang tepung guna logo halal palsu.... untuk lebih lanjut sila kunjungi http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Najisbertaburan/Article
Kat negara kita malaysia bukan susah nak dapatkan produk halal ni banyak juga la pengusaha-pengusaha muslim tapi sifat orang kita ni suka pada jenama takpun pada pembungkusan yang menarik, selidik dulu tuan-tuan dan puan-puan kalau was-was jangan beli.Satu faktor produk orang islam ni kurang promosi maklumlah badjet ciput kalau kita tak sokong mereka macamana mereka nak maju soal sedap tak sedap tu tolak tepi kita mahu yang halal yang suci tapi janganlah buat cincai je soal kebersihan ni wahai pengusaha islam buat yang terbaikAku bak-bak makan dah berkira sangat tahap kehalalalnya,makanan dari sumber yang halal akan melahirkan zuriat yang baik,soal halal-haram jangan dibuat main-main semua akan disoal diakhirat nanti hidup bukan kat dunia ni je bro ada satu alam lagi yang menanti...Alam Akhirat semua orang tahu..tapi buat tak tahu...kerana sayang sangat kat dunia...takut nak mati....

http://jain.islam.gov.my/kelantan/senarai_premis_halal.htm
No comments:
Post a Comment