Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 16 August 2012

NIK AZIZ-SAYA TAK GESA NASHA KELUAR PARTI

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam.

Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden Pas, Datuk Asri Muda dahulu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan Pas Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

"Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar Pas'.

Berikut adalah kenyataan yang dihantar oleh Setiausaha Akhbar beliau, Fadli Shaari kepada Harakahdaily.

"Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan Pas Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.

"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin Pas yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen.

"Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...." <

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...