Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 4 July 2012

WALAU HITAM TAPI TETAP MENJADI ANGAUAN


Foto Foto Foto
SHAH ALAM: Angau dengan panahan cinta Awang Hitam selain mahu hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah, wanita tempatan sanggup dipergunakan sebagai ‘keldai akaun’ oleh sindiket jenayah komersial antarabangsa yang didalangi warga Afrika.

Ini terbukti apabila polis menahan enam wanita tempatan dalam Ops Tiong, malam kelmarin disyaki membenarkan akaun bank atas nama mereka digunakan untuk melakukan transaksi wang hasil penipuan siber.Wanita berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan bersama lelaki Nigeria di sebuah apartmen dalam operasi bersepadu di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi, semalam.

Operasi bersepadu yang turut membabitkan Jabatan Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelancongan itu menahan 102 orang kebanyakan warga Afrika dari Nigeria dan Cameroon berusia 20 dan 30 tahun selain warga Filipina dan New Zealand.




Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit mempunyai hubungan dengan lelaki yang ditahan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan menggunakan Internet.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...