Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 6 July 2012

13 TAHUN TANPA API DAN AIR

KUANTAN: Keadaan satu keluarga di Kampung Bukit Palas, Cherating, saling tidak tumpah seperti kehidupan sebelum merdeka apabila hidup dalam rumah yang hanya diperbuat daripada papan lapis tanpa bekalan elektrik dan air bersih.
Gambar sekadar hiasan


Bukan sehari dua Saripah Aini Zahid, 38, bersama suami serta tiga anak mereka, Nor Syafiqa Izzati Mohd Zaid, 15, Mohd Aizat Aqasha Mohd Zaid, 9, dan Mohd Amirul Hakimi Mohd Zaid, 3, menjalani kehidupan serba kekurangan itu, sebaliknya sudah hampir 13 tahun.

Malah, kesempitan hidup itu memaksa anak sulung pasangan itu berhenti sekolah biarpun sedar Penilaian Menengah Rendah (PMR) bakal menjelang Oktober depan.
Saripah berkata, dia membantu kakaknya menghasilkan kraftangan manakala suami, Mohd Zaid Daud, 43, hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

“Rumah ini dibina di tanah pusaka keluarga dengan hanya menggunakan papan lapis dan langsung tidak dibekalkan bekalan elektrik mahupun air bersih,” katanya.

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...