Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 16 July 2012

SYABAS GAGAL,KERAJAAN NEGERI AKAN CAMPUR TANGAN



(MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim)

SHAH ALAM: Masalah kekurangan air tidak sepatutnya berlaku dan kerajaan Negeri Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan.


Untuk menjaga kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah meminta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas. 


Jawatankuasa ini akan minta Syabas memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan  air semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Sementara itu, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh Syabas


Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah, dakwa Khalid.


"Kerajaan Negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana Syabas jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna," katanya.


Ini jelas ditunjukkan apabila Syabas setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion. 


Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.


Berdasarkan alasan di atas, maka Kerajaan Negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.


Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in”  dalam operasi SYABAS.


Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini, tegasnya.

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...