Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 12 July 2012

BANYAK PENGIKTIRAFAN UNISEL DIBAWAH PAKATAN RAKYAT



SHAH ALAM: Semenjak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor pada 2008, Universiti Industri Selangor (Unisel) menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Demikian dinyatakan oleh pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali  ketika menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) berhubung kejayaan Unisel yang boleh dibanggakan.

Jelasnya lagi, kedudukan Unisel adalah setaraf dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) apabila menerima pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2009.

Beliau memberitahu, Unisel juga dikenali Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), berbanding dengan universiti di bawah pentadbiran Umno BN.

“Suka saya khabarkan dalam sidang Dun yang mulia ini, bahawa di akhbar-akhbar pro kerajaan menceritakan tentang pencapaian Unisel di bawah pengurusan Pakatan Rakyat antaranya menjadi juara mencipta model satelit nano dan pertukaran pelajar ke Jepun.

Selain itu, ada juga akhbar melaporkan tentang kejayaan Unisel melahirkan pelajar terbaik dalam bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan Institut Kejuruteraan Malaysia,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini.

Tambah beliau lagi, jumlah kemasukan pelajar pada tahun ini juga meningkat sebanyak 13,528 sehingga Jun lalu, berbanding ketika Umno BN mentadbir Selangor.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...