DAIF...pemandangan persekitaran Kem Kutupalong yang dihuni lebih 50,000 pelarian Rohingya sejak 21 tahun lalu.
Isu di Rohingya nampaknya gagal menarik perhatian dunia,kenapa dan mengapa.Rohingya sebuah negara yang rata-ratanya penduduknya adalah miskin dan tiada aset yang berharga seperti minyak atau emas.Isu pertumpahan darah bermula pada bulan jun 2012 yang mengakibatkan lebih kurang 1,000 hingga ke 2,000 orang (mungkin lebih) adalah satu angka yang besar dalam masa yang terdekat,walau bagaimanapun pihak pemerintah berjaya menyembunyikan fakta supaya gagal di hidu oleh negara luar khususnya negara Asean yang berdekatan.
Kalau konflik di negara barat ada saja yang menghulurkan bantuan tapi kerana bersebab, bersimpati kononnya, barat itu sebuah negara penyelamat dan berhati mulia,namun begitu sebagaimana yang kita sedia maklum disana terdapat banyak sumber kekayaan seperti minyak,dan pada masa yang sama barat juga mengdakyahkan minda penduduk islam dengan acuan barat,baik dari segi sosial dan ekonomi sebagaimana yang pernah berlaku di negara kita.Inilah penjajahan dalam bentuk baru.
Namun berbeza pula di Rohingya rata-rata penduduknya adalah beragama islam dan yang menjadi musuh kepada orang islam ialah ethnik Rakhine.Bagaimana pasukan keselamatan juga berpihak kepada ethnik Rakhine,tapi amat malang bagi kita umat islam di seluruh dunia pada masa ini kerana kita tidak bersatu hati
menyebabkan senang saudara seagama dengan kita ditindas kerana kita tidak merasa apa-apa pun disebalik kejadian ini.Umat islam hari ini seperti buih-buih dilaut,islam pada nama namun akidah banyak yang rosak,kurang berkeyakinan terhadap perjuangan untuk menegakan daulah islamiah,banyak cerdik pandai yang hanya tahu bercakap tapi habuk pun tadak.Islam ini di ibaratkan seperti sebuah kesatuan,tanpa mengira
suku bangsa dan warna kulit,islam ini seperti anggota badan,bak kata pepatah "cubit peha kanan peha kiri terasa juga" kalau kita dah tak terasa apa-apa itu bermakna islam kita sudah terkena stroke atau angin ahmar,penyakit yang amat di takuti ramai.Apakah pendirian kita sebagai sebuah negara Asean terhadap insiden ini.
Sebagai tambahan:
Latarbelakang
Umat Islam Rohingya menghadapi penindasan dan penghapusan etnik yang sangat berat di Arakan (sekarang Rakhine) Myanmar sejak 1948. Sejak dari kemerdekaan Burma , nasib umat Islam Rohingya terus menghadapi penindasan dari regim tentera yang berkuasa . Kempen membenci dan membenci etnik Rohingya Muslim sebagai kaum pribumi di Arakan telah disebarkan oleh pihak berkuasa Burma terutama dikalangan rakyat etnik Rakhine yang merupakan etnik majoriti di Myanmar berugama Buddha.
Tidak kurang dari 19 operasi ketenteraan , polis dan imigresyen telah dilancarkan ke atas wilayah Arakan sejak 1982 . Yang paling lama dan paling kejam ialah operasi NASAKA sehingga sekarang.
Natijahnya, kekejaman dilakukan secara berterusan termasuk , perbuatan menangkap tanpa bicara, mangsa dipenjara, disiksa , dipaksa keluar agama Islam , dibunuh , gadis diperkosa , harta dirampas , masjid dimusnahkan.
Akibatnya etnik Rohingya telah hidup dalam keadaan tertindas dan sengsara yang terlalu parah . Mereka telah dinafikan hak yang paling asasi seperti hak untuk mendirikan rumahtangga kecuali dengan izin tentera , hak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat , hak membangunkan rumah ibadat dan memperbaikki masjid yang rosak, hak untuk berniaga dan hak memilikki harta. Semua ini dinafikan Sejak 1982 . kerakyatan umat Rohingya dihapuskan bila Burma ditukar nama kepada Myanmar pada tahun 1987.
Mereka dituduh bukan sahaja sebagai pendatang malah juga sebagai penceroboh Arakan oleh regim tentera Junta. Padahal etnik Rohingya adalah penduduk asal sejak abad ke 7 dalam wilayah kerajaan Islam Arakan yang berdaulat.
Kini 1.6 juta etnik Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh , Thailand , Malaysia , Pakistan dan beberapa Negara lain. Keadaaan pelarian Rohingya di Bangladesh sangat parah di kem seperti di Kutupalong , Cox Bazar dan Teknaf. Mereka hidup dalam bangsal dan dibawah pohon untuk berlindung.Bantuan makanan , ubatan dan khemah dari UN sangat terbatas dan pihak berkuasa Bangladesh juga menafikan hak mereka sebagai pelarian mengikut undang-undang antarabangsa. Mereka tidak dibenar menghantar anak mereka ke sekolah , tidak boleh bekerja atau berniaga , tidak boleh mendirikan sebarang rumah , tidak boleh bergerak bebas ,tidak boleh memilkki telefon bimbit , tidak boleh menyimpan sebarang pisau.
Insiden terkini yang tercetus pada 3hb Jun 2012 merebak menjadi operasi pembersihan etnik Rohingya oleh etnik Rakhine yang sangat kejam. Pembunuhan 10 orang ahli jamaah tabligh di Taungup oleh perusuh ekstremis Rakhine kini telah berkembang kepada pembakaran perkampungan , pemusnahan masjid dan madrasah umat Islam Rohingya . Sehingga 15hb Jun 2012 , lebih 1500 orang Rohingya telah terbunuh , lebih 30 perkanmpungan yang dibakar sekaligus pembunuhan penduduknya . Testimoni dari ahli keluarga Kaum Rohingya yang menjadi pelarian di Malaysia melapokan pihak keselamatan iaitu polis , askar dan polis rusuhan (Hluntin) turut bersekongkol untuk membunuh dan melakukan keganasan ke atas etnik Rohingya.
Pihak berkuasa sehingga kini tidak menghalang dengan bersungguh operasi pembunhan Rohingya malah turut membiarkan keganasan terus merebak. Umat Islam Rohingya menanggung penderitaan yang sangat berat sehingga ribuan cuba mencari perlindungan melarikan diri ke sempadan Bangaldesh.
Namun pelarian Rohingya berhadapan dengan pihak keselamatan Bangladesh yang menghalang mereka untuk mendapat perlindungan. Ramai yang cedar akibat ditembak tidak mendapat rawatan dan mati dalam bot ketika cuba melarikan diri ke Bangladesh.
Berdasarkan senario yang semakin meruncing terhadap survival umat Islam Rohingya kami menimbangkan alasan berikut untuk menetapkan pendirian kami:
• Umat Islam berhak mempertahankan diri bila diserang tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’
• Umat Islam diperintah melaksanakan perintah Allah untuk melancarkan jihad bila agama Islam dihina dan masjid di musnahkan.
Allah berfirman dalam surah al-Nisa’ 76:
الَّذِينَ آمَنُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُواْ أَوْلِيَاء الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah para pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
An Nisa 76
FirmanNya lagi :
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انتَهَوْا فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ
Al Baqarah 193
Perangilah mereka sehingga tidak lagi berlaku fitnah dan agama yang berdaulat adalah agama Allah. Sekiranya mereka menamatkan provokasi maka tidak perlu lagi penyerangan kecuali terhadap golongan yang zalim.
Seterusnya :
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّه فَإِنِ انتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan agama yang berdaulat semuanya mutlak milik Allah. Kemudian jika mereka berhenti (dari sikap menyerang) maka Allah sungguh melihat tindak-tanduk mereka
Al Anfal 39
•Mempertahankan hak umat Islam sebagai penduduk yang asal dimana-mana wilayah adalah suatu kewajipan.
Allah berfirman lagi :
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Dibenarkan pehak yang diperangi untuk menyerang dan berperang kerana mereka adalah pehak yang teraniaya. Sesungguhnya Allah sangat berupaya membela mereka.
Al Haj 39
•Allah memerintah bahawa orang beriman mempersiapkan diri dengan kekuatan yang maksima bila berhadapan dengan musuh yang cuba menghapuskan Islam dan umat Islam .Ini kerana firman Allah dalam al-Quran Surah A Saf ayat 10-13 menegaskan:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kalian Aku tunjukkan kepada kalian suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang sangat pedih?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan nyawa kamu. ( Pilihan) itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui dan mengerti
Dengan itu nescaya Allah mengampunkan dosa-dosa kamu, Allah memasukkan kamu ke dalam taman-taman syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, serta Dia menempatkan kamu di dalam kediaman yang baik di Syurga " Adn ". Itulah suatu kemenangan yang besar.
Malah ada lagi limpah kurniaan lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang pantas dan semerta. Oleh itu sampaikanlah berita yang mengembirakan ini kepada orang-orang yang beriman.
Hadith Rasulullah riwayat al Hakim dan al Tabrani:
من لم يهتم بامر المسلمين فليس منهم
Siapa yang tidak peduli kepada nasib orang Islam maka ia bukan dari kalangan mereka.
Hadith riwayat al-Dailami :
لعن الله من رأى مظلوما فلم ينصره
Allah mengutuk orang melihat orang lain teraniaya tapi dia tidak menolongnya.
Dan lain-lain.
MAKA kami perwakilan dalam Persidangan Ulama Tergempar ASEAN dengan ini mengisytiharkan bahawa:
1. Umat Islam wajib membantu umat Rohingya yang kini berhadapan dengan kezaliman dari etnik Rakhine dan pemerintah Myanmar.
2. Semua ulama wajib turun ke medan bertemu masyarakat massa umat untuk menyatakan pendirian dalam isu pembunuhan umat Islam Rohingya dan meniupkan semboyan jihad mempertahankan maruah agama dan nyawa saudara seagama.
3. Umat Islam wajib melancarkan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama Islam di bumi Arakan. Membantu untuk menyelamatkan nyawa umat Islam adalah jihad yang aula dan utama.
4. Umat Islam perlu menghulurkan sumbangan bagi menyelamatkan mangsa Rohingya yang dizalimi oleh pihak yang melancarkan keganasan ke atas mereka.
5. Semua organisasi Islam perlu bergabung untuk melancarkan bantuan kepada umat Islam yang dizalimi di Arakan.
6. Pemerintah Islam hendaklah menggunakan seluruh kekuatannya dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan untuk menghentikan kezaliman yang dilakukan keatas umat Islam Rohingya di Myanmar.
7. Semua ahli politik Islam perlu bergabung tenaga menuntut supaya pembelaan dan hak asasi umat Islam Rohingya yang dinafi oleh regim tentera dikembalikan dan mereka berhak untuk kembali ke tanah air mereka sendiri.
8. Menuntut sekretariat ASEAN mengadakan sidang tergempar untuk menilai semula penyertaan Myanmar sebagai anggota ASEAN dan mendesak agar misi siasatan kemanusiaan khas diberi kebenaran masuk ke wilayah Arakan untuk menilai keadaan ketegangan etnik yang berlaku.
9. Menuntut kerajaan Bangladesh membuka sempadan menerima pelarian mangsa Rohingya yang dizalimi oleh etnik Rakhine dan pihak keselamatan Myanmar .
10. Menuntut Setiausaha Agong UN dan OIC segera melaksanakan operasi tinjauan di Arakan Myanmar dan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar supaya dasar hak minoriti Muslim Rohingya di lindungi , keganasan etnik dikekang dan hak kerakyatan warga Rohingya dikembalikan . Agensi dan organisasi antarabangsa hendaklah mendakwa pemerintah Myanmar bertanggungjawab terhadap pembunuhan dan kezaliman yang dilakukan ke atas warga Rohingya.
11. Mengesa semua pemimpin Islam semada dari NGO atau parti politik mengatur persiapan untuk menghantar wakil mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan masuk ke dalam Wilayah Arakan.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Merangkap Pengerusi KUMS
Cawangan Malaysia
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
Merangkap S.U.Agong SHURA
Diperakui oleh
1. Kesatuan Ulama Muslimin SeDunia (KUMS) , (Cawangan Malaysia)
2. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
3. Persatuan Ulama Malaysia
4. Persatuan Ulama Malaysia , Pulau Pinang
5. SHURA Thailand
6. Parti Islam SeMalasyia (PAS)
7. Persatuan Ulama Pattani , Thailand
8. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
9. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
10. Ikatan Penuntut Ilmu Islam Negeri Pulau Pinang
11. Nusantara Inisiative for Justice and Peace (NADI)
12. Persatuan Ulama Kedah
13. Teachers Working Group , Indonesia
14. Jam’iyah Al Ehsan Li Da’wah Wa Tarbiyyah Islamiyyah Kemboja
15. Persatuan Cham SeMalaysia
16. Jam’Iyah Ukhuwwah Muslimah Malaysia (SALIMAH)
17. Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN), Trengganu
18. TERAS Pengupayaan Melayu
19. Wadah dll.
3 comments:
tuan, mohon share artikel ini. terima kasih
Silakan wahai sahabat..
1. mengapa masyarakat myanmar begitu membenci etnis rohingya ?, 2. mengapa negara bangladesh dan malaysia menolak menerima etnis rohingya? , 3. mengapa peranan PBB sangat minim?
Post a Comment