Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 25 July 2012

GERAKAN PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA

Rakyat tanpa negara

CHITTAGONG (Bangladesh): “Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri,” kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di sini.Halimullah mendakwa apa yang dilakukan pemerintah kerajaan Myanmar pada masa ini dan sejak lebih 30 tahun lalu, benar-benar satu usaha terancang untuk menghapuskan sama sekali kewujudan etnik Rohingya di negara itu.
“Mereka tidak bertimbang rasa. Kami bukan saja dinafikan hak sebagai warga Myanmar, tetapi hak sebagai manusia. Dunia perlu sedar hakikat ini dan tekanan perlu diberikan ke atas kerajaan Myanmar sekarang supaya mereka mengubah polisi mereka terhadap etnik Rohingya,” katanya.

Kenyataan Halimullah itu terbukti benar apabila Presiden Myanmar, Thein Sein dalam satu kenyataan di Yangon pada 12 Julai lalu secara terbuka memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik di Arakan adalah dengan menghantar etnik Rohingya ke khemah pelarian atau mengusir mereka.

pix_topright  TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir mereka dari bumi Myanmar.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya itu, Thein Sein berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang dianggapnya memasuki negara itu secara haram.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...