Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday 26 June 2012

SERANG PENINJU NEGARA:ANAK VVIP DI DAKWA

Serang peninju negara: Anak VVIP didakwa
JOHOR BAHRU – Seorang anak kenamaan bersama seorang lagi rakannya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sinihari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan pada 6 Mei lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada tarikh berkenaan antara jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, dengan menggunakan senjata tumpul.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.(SH)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...