PEKERJA LADANG DIROGOL PENJUAL KARPET
BENTONG – Seorang pekerja ladang dirogol penjual karpet warga asing dalam semak di Kilometer 24 Jalan Karak-Kuala Pilah, ketika wanita itu sedang berjalan pulang, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru, Tan KamSang (kanan) ketika melawat mangsa di rumahnya. Turut kelihatan bapa tiri(mangsa (kiri).
Mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang berjalan kaki apabila penjual karpet itu, yang menunggang motosikal, menghampiri dan mengheretnya ke kawasan semak, 50 meter dari situ. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya dan mengheret mangsa ke semak berhampiran kira-kira 50 meter dari jalan utama.“Mangsa menjerit meminta tolong, namun lelaki terbabit merogolnya, sebelum melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, orang awam yang nampak motosikal itu di tepi jalan berasa curiga. Mereka pergi ke kawasan itu dan menemui wanita itu.
“Polis menahan suspek berusia 25 tahun pada hari yang sama ketika cuba melarikan diri di kawasan ladang berhampiran,” katanya. Lelaki itu direman seminggu.
No comments:
Post a Comment