Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 11 June 2012

PENJUALAN DOKUMEN NEGARA-KERABAT,SAMM BUAT LAPORAN POLIS

Kerabat, SAMM lapor polis ekoran penjualan dokumen negara
YONG PENG – Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis berkaitan penjualan maklumat rahsia pertahanan negara, di Balai Polis Yong Peng, Batu Pahat, semalam.
Presiden Kerabat, Mohd Nazari Mokhtar berkata, laporan ini dibuat kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan mereka yang terlibat dalam penjualan dokumen terbabit. Katanya, pihak yang terlibat ini menerima sejumlah bayaran iaitu sebanyak 36 juta Euro (RM142 juta) kepada sebuah syarikat kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial.

“Pihak kami tergerak untuk membuat laporan ini kerana beranggapan dokumen yang diserahkan kepada syarikat pertahanan Perancis, yang bertajuk ‘Penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene adalah begitu sulit.

“Kami juga beranggapan ia satu perbuatan rakus sesetengah pihak dan kerakusan ini dilihat bertambah jijik apabila melibatkan satu proses ‘jual beli’ maklumat teknikal yang jelas bertentangan dengan Akta Undang-Undang Keselamatan Negara.

“Laporan yang kami lakukan hari ini (semalam) adalah sebagai permulaan bagi pihak kami dan esok (hari ini), seluruh ahli Kerabat di setiap negeri akan membuat laporan polis seperti ini,” katanya.

Turut hadir bersama kira-kira 40 ahli Kerabat dan SAMM ini ialah, Penyelaras SAMM Kota Tinggi dan Kulaijaya, Azlan Ishak.

Sebahagian ahli Kerabat dan SAMM menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penjualan dokumen pertahanan negara.

Menurut Mohd Nazari lagi, pihaknya menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan kadar segera untuk menyiasat tahap penglibatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penjawat awam dan pimpinan tertinggi politik yang bertanggungjawab menjual dokumen berkenaan.

Katanya, pihaknya menganggap mereka ini adalah dalang pengkhianatan kedaulatan negara melalui penjualan maklumat rahsia pertahanan negara dengan menyalurkan kepada agensi luar negara, dan ia mampu menjejaskan keselamatan dan juga kedaulatan negara serta mampu mencemarkannya.

“Saya yang mewakili 240,000 bekas tentera berharap mereka yang terlibat ini dibawa ke muka pengadilan dan akan menjadi peringatan kepada yang lain, supaya dapat menjaga kerahsiaan negara.

“Janganlah yang kes ‘ikan bilis’ terus disensasikan, sedangkan kes ‘jerung’ terus bermaharajalela tanpa adanya hukuman yang setimpal yang dikenakan kepada mereka,” katanya.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...