Ini cerita tentang sejenis buah,'buah kalu'.Buah ni agak pelik sedikit,tak ada pokok dan tak dapat digambarkan secara bergambar,hanya boleh di ceritakan melalui tulisan sahaja,Buah ni memang cukup sinonim dengan masyarakat kelantan dan orang bijak pandai ataupun pakar motivasi.
Kalu itu bahasa atau dialek kelantan,dalam bahasa standard orang cakap kalau.Bercerita pasal buah kalu ni cukup mudah,sebab modalnya hanya air liur.Kalu buat lagu ni jadi ginni,mudah memang cukup mudah,tapi realitinya belum pasti.Kalu atau kalau ini bila kita buat sesuatu maka akan jadilah,pada adatnya sahaja tapi belum pasti.Kita selalu menghadiri atau mendengar motivasi,contohnya pasal perniagaan,cukup senang bila mereka bercakap rasa macam kita ni dah mula berniaga tapi hakikatnya belum lagi,itulah kelebihan pakar motivasi,tapi macam aku cakap tadi la,kalau guna buah kalu memang mudah tak semudah hendak di praktik kan.
Buatlah sesuatu dengan cara islamik,berusaha itu adalah ikhtiar dan bertawakkalah kepada Allah,tak semestnya setiap yanh kita rangka atau rancang itu berakhir dengan kejayaan atau kebahagiaan.Kita sebagai orang islam ada cara untuk memilih secara yang terbaik bila berjumpa dengan sesutu persoalan yang buntu,persoalan tentang membuat pilihan,buatlah sunat istiqarah semoga ditunjukkan pilihan yang terbaik jangan pakai buah kalu ni jadi punah,silap-silap tergelincir aqidah.
Gambar sekadar hiasan sahaja.
No comments:
Post a Comment