Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 3 June 2012

MUHYIDDIN:PRU13 PENENTU HIDUP MATI BN

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional  bahawa  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu “hidup mati" politik perikatan itu.
Muhyiddin: PRU13 penentu hidup mati BNBeliau ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan berkata, jatuh bangun BN akan ditentukan sewaktu PRU13.

Justeru beliau menuntut setiap ahli jenteranya memberi keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.

"PRU kali ini adalah penentu hidup mati BN. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

"Sehubungan itu, saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," katanya ketika spekulasi menyebut PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

BN hanya menang satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mac 2008.(SH)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...