Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 23 June 2012

KUMPULAN BAJU MERAH ADAKAN HIMPUNAN BESAR-BESARAN DI IBU NEGARA BESOK



BANGKOK - Penyokong kumpulan baju merah merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara pada Ahad dalam usaha bagi menghantar isyarat kepada pihak yang didakwa kumpulan 'elit' untuk tidak menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara dekokratik.

Pemimpin Barisan Bersatu Demokrasi bagi Menentang Pemerintahan Diktator (UDD) Tida Tawornseth berkata tarikh itu dipilih sebagai menandakan ulang tahun ke-80 revolusi 1932 yang menamatkan sistem monarki mutlak Thailand dan permulaan kepada sistem raja berpelembagaan.

Perhimpunan itu akan diadakan di Tugu Demokrasi di Ratchadamneon Avenue.

Seorang lagi pemimpin UDD Jatuporn Prompan mendakwa bahawa beberapa pertubuhan bebas negara telah dipilih untuk 'menggoncang' kerajaan yang ada sekarang. - Bernama

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...