Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 21 November 2012

SELUDUP KOKAIN DALAM SANTAN KELAPA



NOOR Rashid Ibrahim (kanan) dan Pengarah Kastam Selangor, Datuk Azis Yacub (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada 384 tin santan kelapa yang mengandungi dadah kokain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Cubaan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Nigeria menyeludup dadah jenis kokain bernilai kira-kira RM22 juta dalam 384 tin santan kelapa ke Mozambique melalui pelabuhan negara ini gagal apabila ia dikesan pihak berkuasa baru-baru ini.


Kokain Diselundupkan dalam Santan Kelapa
FOTO DARI REPUBLIKA.ID.CO 
Taktik licik sindiket terbabit terbongkar setelah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertindak menahan dan memeriksa kargo kontena membawa dadah tersebut yang baru tiba dari Guyana, Amerika Latin di Pelabuhan Klang dekat sini, pada pukul 2 pagi, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya bertindak menahan dan memeriksa kargo kontena itu selepas menerima maklumat daripada agensi perisikan antarabangsa dan pihak Pentadbiran Penguatkuasa Dadah Amerika Syarikat mengenai kegiatan sindiket berkenaan.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kargo dari Guyana itu hanya menjadikan negara ini sebagai transit sebelum memindahkan kontena berisi dadah itu ke sebuah kapal lain dan meneruskan perjalanan ke Mozambique.
"Kontena tersebut dipercayai digunakan sindiket penyeludupan dadah yang didalangi warga Nigeria untuk membawa muatan 980 karton berisi tin santan kelapa dan tin ketulan nenas.
"Hasil pemeriksaan Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia mendapati 16 karton daripada makanan tin dibawa itu berisi 384 tin santan kelapa yang mengandungi larutan dadah kokain di dalamnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Menurut Noor Rashid, setiap tin berisi 400 gram santan kelapa itu dipercayai digunakan sindiket yang juga pengeluar produk makanan itu di Guyana untuk menyeludup kokain.
Beliau berkata, siasatan mendapati aktiviti penyeludupan dadah tersebut tidak melibatkan rakyat negara ini.
Katanya, dianggarkan cecair dadah yang dirampas itu mampu menghasilkan 76 kilogram dadah selepas diproses menggunakan mesin pengasingan bahan mentah.
"Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita dapati kegiatan penyeludupan dadah menggunakan kargo udara dan kontena kini menjadi trend penyeludupan terbaharu berkembang selepas taktik merekrut keldai dadah banyak ditumpaskan pihak berkuasa," ujarnya.(UM)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...