Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 2 November 2012

INILAH DUNIA...

KUALA LUMPUR: Gara-gara merompak RM100 milik seorang lelaki warga Nepal tahun lepas, seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim K.M.Nithiyanantham membuat keputusan itu selepas mendapati E.Kularajah Kumar, 30, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. "Mahkamah sebagai benteng terakhir mesti melindungi orang awam melalui hukuman setimpal untuk mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan sama," katanya. 

Nithiyanantham mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.



Kularajah Kumar bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak wang tunai RM100 dan kad rekod kedatangan kerja sehingga mencederakan Surya Bahadur Jogi, 26, seorang pekerja kilang, di hadapan rumahnya di Jalan 8/62B, Bandar Manjalara, Sentul di sini pada 7.30 pagi 29 Okt 2011.


Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Sebaik keputusan hakim, tertuduh dilihat terpinga-pinga dan berulang kali berkata dia tidak melakukan kesalahan tersebut dan ibunya yang berada di galeri awam menangis dan seterusnya secara lantang berkata kepada hakim bahawa hukuman itu terlalu berat.

"Dia akan 'mati' di dalam sana (penjara), tolonglah, saya merayu kepada anda," kata wanita itu lalu keluar dari mahkamah.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai lepas, seramai empat saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Izuddin Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

"Walaupun hanya melibatkan RM100, mungkin ia satu nilai yang sedikit tetapi bagi mangsa yang hanya memperoleh gaji RM900 sebulan, ini adalah nilai yang besar," katanya.

Mangsa yang turut hadir ke mahkamah hari ini untuk memberi keterangan mengenai impak kejadian rompakan itu terhadap dirinya, memberitahu mahkamah bahawa dia kehilangan RM100 dan kad rekod kedatangan kerja serta berdarah di bibir akibat dicederakan tertuduh. - Bernama


INILAH DUNIA,CURI DUIT RM100 KENA 10 TAHUN,TAPI KALAU REMBAT DUIT BERJUTA-JUTA TAK APA,TAPI BUKAN BERMAKNA AKU REDHA DENGAN SETIAP PERBUATAN JAHAT YANG DILAKUKAN...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...