Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 8 November 2012

BILAL DIPUKUL KETIKA SOLAT SUNAT

Manusia dah semakin jahat,orang sedang solat pun dipukulnya,apalah masalahnya dah tak tahu soal dosa pahala dan kerana jahil dan jahatnya hati manusia hari ini sanggup melakukan perkara sekeji itu...

DI SINI...Mad Daud menunjukkan kedudukan Abdullah selepas diserang suspek.
DI SINI...Mad Daud menunjukkan kedudukan Abdullah selepas diserang suspek.

TANAH MERAH: “Ketika baru nak pakai telekung, saya terdengar bunyi orang bergelut diikuti bunyi orang jatuh. Apabila dijenguk menerusi tirai, saya lihat suami terbaring dengan kepala berlumuran darah,” kata Ramlah Ahmad, 67, menceritakan kejadian menyebabkan kematian suaminya, pagi semalam.
TANGKAP...suspek ditahan di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
TANGKAP...suspek ditahan di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
Dalam insiden itu, suami Ramlah yang juga seorang bilal, Abdullah Nawang, 77, menemui ajal selepas dipukul di kepala dengan objek keras oleh seorang lelaki ketika menunaikan solat sunat menjelang waktu Subuh di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, di sini, jam 5.40 pagi. 

Ramlah berkata, sudah menjadi rutin dia dan suaminya keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

“Ketika itu hanya saya dan suami di surau kerana jemaah lain belum tiba. Suami membuka pintu dan lampu manakala saya pula terus ke bahagian solat wanita,” katanya ketika ditemui, semalam.



Menurutnya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia menjenguk melalui tirai yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita, dia terus meluru mendapatkan Allahyarham yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...