Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 22 November 2012

DADAH RM753J DALAM JENTERA PENGGELEK JALAN


SYDNEY - Polis Australia menyatakan pihaknya berjaya merampas dadah jenis kokain dan methamphetamine bernilai AS$246 juta (RM753 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah jentera penggelek jalan.Jentera berkenaan dibawa masuk dari China.
Menurut polis, penemuan dadah seberat 350 kilogram (kg) itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara Kanada dan Amerika Syarikat di sini.
Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa kerana mengimport dadah dan bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Ini merupakan rampasan kedua terbesar di Australia dalam tempoh seminggu.
Pada Jumaat lalu, polis negara itu berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 200kg menggunakan sebuah bot ke Australia. - Agensi

1 comment:

Unknown said...

dadah pemusnah..padan muka digelek oleh jentera tu

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...