Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 15 October 2012

KANAK-KANAK MAUT DIHEMPAP TV


AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...