Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 7 October 2012

HANYA MENJADI PEMUAS NAFSU

Berpendidikan tinggi bukan suatu ukuran manusia itu berjaya dalam hidup,berjaya dalam erti kata sebenar ialah apabila manusia itu dapat mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan apa yang di tegah.Kalau di ukur dari segi pendidikan ramai manusia yang tak berpelajaran tinggi atau malah yang tak pernah sekolah langsung ada yang bergelar jutawan,oleh itu janganlah terlampau mengejar kedunian.Allah pernah menyatakan yang dunia ini tak ada nilai pun walaupun dibandingkan   dengan sebelah sayap lalat,bayangkanlah.Jadikan kisah ini sebagai pedoman dan bukan untuk dijadikan kejian kerana kita disuruh menyanyangi sesama islam,syurga itu milik semua manusia...kasihan mereka ini..bantulah.....


NADIA... setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.
NADIA... setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.
KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.
Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.

Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.



Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...