Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 8 March 2012

TIADA YANG ANEH MELAINKAN BENAR BELAKA

Tiada yang aneh,tiada yang pelik bila baca berita ini,cuma terasa lucu ada la.Sudah beroperasi sejak 3 tahun lalu tanpa daftar dengan kementerian pulak(berkenaan)
.Kalau pendatang asing buat dek jer,3 tahun tu...lama beb,tak kan tak perasan,kalau 3 bulan boleh la diterima dengan akal,tak terfikir ke kita kalau banyak benda lain yang dibuat kat negara kita,tanpa pengetahuan pihak berwajib,persoalan yang membabitkan soal keselamatan negara,bukan nak tuduh kat sapa-sapa cuma saling ingat mengingatkan....

Kolej ‘aneh’ diserbu

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SIASAT...antara pelajar warga asing yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.
SIASAT...antara pelajar warga asing yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.
KUALA LUMPUR: Bermula daripada pemilik, tenaga pengajar, penuntut hinggalah pengawal keselamatan, semuanya warga asing.
Itulah ‘keanehan’ sebuah kolej swasta di ibu negara yang diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen semalam, kerana bukan saja tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak beroperasi dua tahun lalu, malah pekerja dan pelajarnya menyalahgunakan pas perjalanan dimiliki. 
Kolej itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 10.30 pagi semalam.

Timbalan Penolong Pengarah 1, Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata, hasil serbuan itu, enam tenaga pengajar dan 44 penuntut yang belajar di dalam kelas serta seorang pengawal keselamatan warga Sudan ditahan.

Menurutnya, kolej yang menawarkan kursus pengajian Bahasa Inggeris itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 300 pelajar yang berasal dari pelbagai negara Timur Tengah, Russia, China dan Kemboja.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...