Berek obama
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mahu mengenakan sekatan-sekatan baru ke atas mana-mana negara yang membeli minyak dari Iran, demikian menurut pegawai-pegawai kuasa besar itu.
Beberapa negara termasuk Malaysia telah pun memutuskan untuk menghentikan pengimportan minyak dari Iran mulai bulan depan. Langkah Malaysia disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.
Sekatan pembelian minyak peringkat antarabangsa berkuat kuasa mulai Jun ini.
Obama dilaporkan bertegas bahawa dunia mempunyai bekalan minyak yang secukupnya dan oleh itu, langkah menghentikan pengimportan bekalan minyak dari Iran tidak akan membawa kesan negatif, lapor media Barat sebentar tadi.
AS mahu negara-negara lain menyokong sekatan dikenakan pihaknya.
Langkah terbaru AS itu akan membolehkan ia mengenakan sekatan ke atas bank-bank asing yang masih meneruskan aktiviti perdagangan minyak dengan Iran.
Iran sedang berhadapan dengan tekanan antarabangsa berhubung program pengayaan uranium.
Kau mula tunjuk lagak setelah populariti kau mulai menurun,kalau dah nama Presiden Amerikatu tetap sama, tak ada yang baik dan berhati perut...
No comments:
Post a Comment