Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 1 March 2012

MUFTI PAHANG-MENGUNDI ITU WAJIB


Mengundi itu wajib - Mufti Pahang




KUANTAN - Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar).
Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.
"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, pengebumian terpaksa ditangguh sebentar bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.
"Daripada kisah itu, kita sudah dapat melihat betapa pentingnya pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, mengundi adalah fardu kifayah dan sekiranya ramai yang tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

1 comment:

Anonymous said...

Mengundi saje ke yang wajib wahai tuan mufti????????Itu saje ke tuan mufti berani cakap?????Cakap bab sembahyang, zakat, amal amkruf, posa, boleh le. Berani ke cakap bab HUDUD?????????? ipoh mali.

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...