Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday 31 March 2012

21 PENYOKONG KUAT UMNO KG.DODOL SERTAI PAS

JELUTONG, 31 Mac: Sejak kebelakangan ini, berita ahli Umno masuk PAS di Pulau Pinang tidak putus-putus dilaporkan media alternatif termasuk blog politik.

Terbaru, 21 lagi remaja dan antaranya ahli Umno di Kampung Dodol di sini menyerahkan borang menyertai PAS.
Mereka menyerahkan borang kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Jelutong, Ustaz Takiudin Hamzah.

Turut hadir pada program itu Ketua Pemuda PAS Jelutong, Mohd Faruk Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Kg Dodol, Mohd Zaki Othman serta Setiausaha Cabang Keadilan Jelutong, Mohd Khairil Kamarudin.

Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, seorang daripada mereka Danial Ikhwan Roslan, 26, menyifatkan kemasukanya ke dalam PAS sebagai keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.

"Perjuangan dalam PAS lain berbanding dengan Umno. Dulu kami bergerak jika ada upah, " katanya lagi.

Rakanya, Mohd Khalid Mohd Ariffin pula berkata beliau dapat merasakan jiwanya lebih tenang dengan PAS kerana mendapat rakan yang baik dan berakhlak.

"Inilah kali pertama saya terlibat diri dengan parti. Sebelum ini tidak terfikir langsung untuk berparti lebih-lebih lagi dengan PAS, " jelasnya yang sebelum ini menjadi penyokong kuat Umno.

Bagi Mohd Farhan Habibulrahman pula, kemasukanya ke dalam PAS satu rahmat biarpun sebelum ini menaruh harapan pada Umno untuk baiki mutu kehidupan rakyat namun apa yang diharapkan tidak dilaksanakan.

"PAS satu-satunya parti pilihan terbaik setakat ini maka saya terus ambil borang dan tulis apa yang disyaratkan, " sambungnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Cawangan, Mohd Zaki Othman, perkembangan terbaru itu sekaligus menyaksikan kedudukan Umno di cawangan itu goyah.

"Kedudukan Umno Cawangan Kampung Dodol sudah goyang dengan tindakan sebahagian ahli dan penyokong setia parti itu sertai PAS. Tindakan tersebut benar-benar memberikan tamparan hebat terhadap Umno Jelutong, " terang beliau.(HARAKAHDAILY)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...