Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 30 March 2012

SEKALI LAGI SELIPAR JEPUN



PADA 2007, Dr Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Zubin Mohamad mengarahkan teater Selipar Jepun di Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Kehebatan Selipar Jepun terserlah apabila dicalonkan dalam kategori Best Malay Script di Cameronian Award 2007.

Menyusul selepas itu ialah teater Kasut Tumit Tinggi pada 2008 yang dipentaskan di tempat sama. Kedua-duanya menerima sambutan yang menggalakkan daripada peminat. 
Terbaru, menerusi syarikatnya Svarnabhumi Studio, Zubin yang mendapat kerjasama MAP Publika yang menyediakan lokasi, sekali lagi mementaskan Selipar Jepun yang akan berlangsung di MAP Publika, Dutamas, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pementasan selama tiga hari bermula dari 6 hingga 8 April ini berlangsung pada jam 8.30 malam.

Menurut Zubin, Selipar Jepun dan Kasut Tumit Tinggi sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri kerana jalan ceritanya mempunyai pertemuan berasaskan perang dunia kedua.

“Selipar Jepun menampilkan watak Shukri Hj Ismail atau Yee, seorang mak andam yang bukan dari zaman perang dunia kedua, bertemu dengan Che Aminah Awang Hamat yang pernah berada dalam zaman Jepun. Che Aminah adalah bekas penari Istana.

Mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Singapura.

“Saya memasukkan inspirasi teater tradisi makyung didalamnya manakala separuh dialeknya dalam loghat Kelantan. Sebenarnya, Selipar Jepun 2007 adalah arahan pertama saya yang dilakonkan oleh dua pelakon teater yang dikenali iaitu Shahrul Mizad dan Marlenny Deen. Sambutan yang diterima daripada penonton begitu menggalakkan.

“Manakala Kasut Tumit Tinggi lakonan Ismaliza pula asalnya menggunakan nama Gebu Gembira. Pementasan itu diadakan sempena KL Fringe Festival dan hanya enam teater terbaik dipentaskan. Untuk info, sebenarnya ada trilogi untuk teater arahan saya. Hanya satu yang dipentaskan iaitu Terompah Manik. Untuk kali ini, saya mengedit kedua-dua cerita iaitu Selipar Jepun dan Kasut Tumit Tinggi yang disatukan.

“Pelakon-pelakon yang dipilih pula iaitu Rosman Ishak (Yee) dan Zamzuriah Zahari (Che Aminah) ada latar belakang makyung kerana mereka belajar di Aswara dan latar belakang teater dari Universiti Malaya. Pelakon tari, Ahmad Firdaus Che Yahya pula membawakan watak orang ketiga dan pelakon Cina, Foo Chiwei ditampilkan sebagai cameo,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Zubin berkata, dia tertarik mementaskan semula Selipar Jepun kerana melihat Yee dan Che Aminah adalah dua watak penting yang seringkali disalah anggap oleh masyarakat.

“Yee seorang mak andam dan saya tertarik dengan ketabahannya menelan pelbagai pandangan seorang masyarakat. Che Aminah pula, bekas penari zaman Jepun dan kemudiannya jadi penari kelab selepas tamat perang. Dia terjebak bercinta dengan orang Inggeris dan nak bercinta tapi tak tercapai. Teater ini ada konflik, pembunuhan dan pelbagai isu. Watak Che Aminah memang menarik.

“Pertemuan mereka berlatarkan tahun 1970-an. Jadi, saya isikan teater ini dengan lagu-lagu popular era itu nyanyian Datuk Sharifah Aini dan Allahyarham Datin Rafeah Buang. Muzik ini bercampur dengan irama makyung yang menjadi inspirasi saya kerana ini ialah teater kontemporari,” katanya.

Zubin melahirkan rasa gembira kerana walaupun masih baru, Publika sudi memberikan ruang kepada teater Melayu. Apatah lagi, dia sukar mendapatkan tempat yang sesuai kerana lokasi lain sudah penuh ditempah.

“Lagipun kita tak banyak lokasi sesuai yang boleh menempatkan 300 orang penonton. Saya harap peminat bukan Melayu juga hadir menonton untuk mengenali budaya dan bahasa Melayu. Teater ini juga penuh dengan gerak fizikal dan Insya’-Allah peminat akan beri sambutan.

“Saya juga bertuah kerana pementasan pada malam pertama nanti akan dihadiri oleh puteri kerabat Diraja Kelantan. Ia memberi perangsang dan semangat kerana saya menerbitkan produksi ini sendirian tanpa bantuan dana mana-mana pihak.
Saya hanya berharap pada bantuan media, Internet dan mulut ke mulut untuk mempromosikannya.

“Kosnya agak tinggi kena proses latihan memakan masa dua bulan kerana saya gunakan dialek Kelantan yang halus. Pelakon kena belajar lenggok untuk menuturkannya. Jumlah yang terbabit dalam Selipar Jepun ialah empat pelakon dan 15 kru,” katanya.

Teater Kontemporari berinspirasikan Seni Persembahan Melayu Tradisi Mak Yong ini menggabungkan elemen monodrama, geraktari, teater fizikal dan muzikal dengan menampilkan lagu-lagu klasik dari tahun-tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an. Teater menggunakan loghat bahasa Kelantan, seperti pengucapan dalam Mak Yong Warisan Dunia ini cuba menggali keindahan bahasa Melayu klasik yang semakin luput dari dunia seni persembahan moden. (GAMBAR SEKADAR HIASAN)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...