Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 9 May 2013

PERKEMBANGAN HIMPUNAN BANTAH KEPUTUSAN PRU13

Himpunan Bantah Keputusan PRU13
Penyokong kempen "Blackout" kelihatan sedang membawa kain rentang tertulis "We Are Malay, Chinese Indian" sambil mengelilingi Stadium Kelana Jaya di Kelana Jaya, hari ini.



Himpunan Bantah Keputusan PRU13
Hujan lebat tidak menghalang penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di tengah padang Stadium Kelana Jaya sambil memakai baju hujan dan payung.


BERIKUT perkembangan perhimpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13):

6 petang: Orang ramai lengkap berpakaian serba hitam mula membanjiri Stadium Kelana Jaya termasuk kawasan berhampiran.

6.15 petang: Penyokong "Blackout" dari pelbagai arah dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan LRT berhampiran, sambil berjalan kaki menuju Stadium Kelana Jaya

6.30 petang: Hujan mula turun dan semakin lebat. Namun ia tidak mematahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat

6.45 petang: Trompet tidak henti-henti ditiupkan sejak pintu masuk Stadium Kelana Jaya mula dibuka kepada orang ramai

7.05 malam: Kira-kira 5,000 penyokong PR mengambil tempat masing-masing dalam stadium itu.
7.30 malam: Penyokong yang beragama Islam beramai-ramai solat Maghrib berjemaah.
8.00 malam: Orang ramai melaungkan perkataan "Ubah" beramai-ramai sambil terus menerus meniup trompet memeriahkan suasana.

8.10 malam: Pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO Bersih belum kelihatan pada masa ini.

8.12 malam: Penganjur perhimpunan mengumumkan para pimpinan Pakatan Rakyat sedang dalam perjalanan.

8.15 malam: Peniaga tidak ketinggalan mengambil peluang berniaga di sepanjang pekarangan Stadium Kelana Jaya baik makanan mahupun pakaian propembangkang.

 


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...