Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 1 May 2013

ANAK FELDA YANG SOKONG PAKATAN LAYAK DIGELAR SI TANGGANG!!!!


KELANA JAYA – Anak peneroka Felda yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) layak digelar si Tanggang atau golongan yang derhaka kepada perjuangan Barisan Nasional (BN), demikian ulas calon BN kerusi Dun Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad
Layak digelar si Tanggang
Abdul Halim (tiga, kanan) ketika bermesra dengan penduduk kampung asalnya dalam satu pertemuan di Bilik Gerakan BN Kelana Jaya, semalam.

Menurutnya, beliau berasa sedih dengan generasi anak peneroka Felda yang didakwanya tidak tahu mengenang budi terhadap jasa ditabur pemimpin BN terdahulu.

Justeru, beliau berdoa dan meminta golongan itu kembali menyokong BN supaya wujud kesinambungan generasi kedua dan seterusnya untuk menyokong parti berkenaan.

“Ada anak peneroka Felda jadi doktor, jadi profesor, malah ada yang jadi jutawan tetapi akhirnya apabila senang, mereka lupa bahawa sebahagian daripada hidup dan kejayaan dicapai adalah hasil perjuangan BN.

“Saya sedih kalau ada anak-anak peneroka Felda yang memilih Pakatan Rakyat, mereka ini lupa asal usul, boleh digelar si Tanggang kerana derhaka kepada perjuangan,” katanya.

Beliau ditemui ketika diraikan bersama kira-kira 50 penduduk kampung asalnya Felda Gedangsa di Bilik Gerakan BN Kelana Jaya, di sini, semalam.

Abdul Halim dalam ucapannya turut mengingatkan generasi kedua Felda supaya sentiasa mengingati asal usul mereka.

Menurutnya, sekiranya Felda tidak diwujudkan berkemungkinan ramai yang hidup dalam keadaan tidak tentu hala.

"Ia jelas berbeza dengan kewujudan Felda yang memberikan kemudahan, penempatan baru dan pendapatan kepada peneroka.

“Saya merayu generasi kedua  jangan lupa asal usul perjuangan ibu bapa mereka dan teruskan beri sokongan kepada BN,” katanya.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...