Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 21 May 2013

BUMBUNG MASJID RUNTUH DI TERENGGANU MALAM TADI

HULU TERENGGANU: Tiada hujan dan tiada ribut melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas di Jalan Manir ke Kuala Berang, Terengganu yang siap dibina pada 2007 runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jemaah menunaikan solat Isyak, malam tadi.
Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut luruh, sekali sejurus para jemaah selesai menunaikan solat Maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isyak, sebelum ia runtuh sepenuhnya.


runtuh masjid binjai ketas 4
“Selepas solat sunat Isyak, ada jatuh sekali (lagi) gummm…jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat, brummmmm…selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua…..tiga minit habis (runtuh semuanya).

“Bahagian beranda…kira-kira bukan ruang solat…bahagian luar yang tak ada karpet,” jelasnya yang tidak mahu dikenali, seperti dilapor Buletin Online.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut kerana ada dua orang ahli jemaah yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Kata beliau, ada seorang warga emas yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya.(KEADILANDAILY)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...