Apakah GST? Bagi yang masih "blur" tentang maksud di balik akronim ini, silalah membaca dengan lebih lanjut artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini.
Namun, biar apa-apa pun argumen dan pendapat yang diberikan, saya amat bersetuju dengan satu kiriman oleh Pak Kadir. Katanya,GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan. Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan. Antaranya beliau menulis:
Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.
Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.
Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.
Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
No comments:
Post a Comment