Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 20 July 2013

JEJANTAS BERTINGKAT PASIR HOR-KUBANG KERIAN RETAK


KOTA BHARU: Tahukah anda penyambung Jejambat Pasir Hor-Kubang Kerian, didapati tidak selemat apabila ianya didapati retak dan tergelincir sebanyak 54 cm di laluan menghala ke Pasir Hor.

Bagi mendapat gambaran yang jelas, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaki (gambar) telah meninjau aduan yang dikemukakan Aktivis Kelantan (AK03) berkenaan perkara itu.

Dalam tinjauan itu, penyambung jejambat dengan jalan, retak dan tergelincir sebanyak 54 sentimeter di laluan menghala ke Pasir Hor dan ianya cukup membahayakan keselamatan pengguna.

Baihaqi ketika ditemui dalam tinjauan itu mengakui keretakan yang tergelincir itu  kelihatan sudah ditampal, tetapi tampalan itu tetap pecah dan retak.

“Ini menunjukkan berlaku pergerakan serius di jejambat berkenaan,”ujarnya.

Sehubungan itu, Baihaki menggesa pihak yang bertanggungjawab menyiasat tahap keselamatan jejambat tersebut kerana terlalu banyak kes keruntuhan infrastuktur awam berlaku dalam negara ini.

Beliau berharap perkara itu tidak berlaku di Kubang Kerian sebagaimana keruntuhan yang telah berlaku di negeri-negeri lain.

Sebelum ini keretakan yang sama telah berlaku di Jambatan Sultan Yahya Petra 2, berhampiran KB Mall.

Sementara itu, Penyelaras Aktivis Kelantan,  Aduka Taruna berkata, dalam tandaan garis lurus yang dibuat oleh aktivis pada 6 Julai lepas, berlaku pergerakan 3mm dalam masa 13 hari pada tarikh 19 Julai.

Turut hadir meninjau keadaan keselamatan jejambat tersebut ialah NGO ROYALTI, Ambang 13, SAMM Kelantan dan AMBO. 

Mereka turut menggesa pihak berwajib menyiasat segera perkara ini kerana ianya melibatkan pengguna.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...